Cinta Itu Perihal Hati
salamz… olaaaaaaaa… buat dua mata yang membaca tulisan ini. terima kasih. hari ini aku bersiar dan berniat ingin membeli barangan sempena perayaan nanti di perkarangan masjid india.
tanpa di sangka aku berjumpa dengan seorang kawan lama yg pernah membantu aku di dalam mencapai kejayaan di dalam spm dulu. dia diiringi oleh dua kawannya. ok la tu, lama x jumpa dengan dia. aku doakan smoga berjaya dunia akhirat. aku x leh fokus apa yg nak beli hari ini.
so aku rasa nak balik. sbelum balik aku rasa nak pegi solat zuhur kat masjid jalan duta yg ader air cond tu. aku suka solat situ sbb tenang. leh sujud dan berdoa apa yg patut. doaku hanya allah yang tahu.
korang tahu tak smasa aku taip blog ini aku tekap telinga aku dgn headphone studio muzik utk dengar hanya beberapa lagu yang ader kaitan sikit jer dgn aku pada masa ini…
dari kekasih kpd kekasih – versi hattan
meniti titian usang – search
bagaikan sakti – m.nasir & ct nurhaliza
satu misteri – brothers reunited ft waheeda
dari kekasih kpd kekasih – versi m.nasir
aku tanpa cintamu – mirwana ft jay jay
cinta pertama – far east
hari ini aku pun ader 3 jemputan buka poser. tak tahu nak pergi mano satu. aku rasa aku nak pegi ke jemputan bersama dgn batch landscape architecture aku ler. lama x jumpa dia orang.
kawan (baik yg pernah kenal aku atau yg belum) yg membaca ini. aku sebenarnya terharu kerana banyak hati yang ingin bersama berkongsi. barangkali ini jugalah taqdir allah pada aku dan semua yg terlibat ~ yang mempunyai seribu satu hikmah terselindung tersembunyi di sebaliknya. barangkali doa-doa aku yg lepas diperkenankan allah dalam pada masa-masa ini. doaku dahulu dan kini hanya sekadar dikurniakan “teman sejati” yg dpt menerima cinta masing2.
mungkin allah memberi ujian pada aku untuk memilih siapa yg “sepatutnya” atau tidak yg semua mereka itu. sesungguhnya aku teramat menghargai sebenarnya permintaan-permintaan mereka kalian. hingga aku tidak tahu nak buat apa-apa. namun hati saya cuma ada satu. aku tidak dapat menyerahkan cinta di hati aku ini kepada sesiapa lagi kecuali pada dia yakni allah yang satu. aku pernah “pedih terluka” kerna cinta. namun aku tidak bisa mengatakan “ok” dan “no” pada kalian walaupun aku mmg melakukan solat istikharah utk ini.
aku mmg tidak mendapat sebarang alamat. hati aku tetap utk yg satu ykni allah buat masa ini dan harapnya selamanya. maafkan aku semua kawan. aku bukannya seperti yang kalian sangkakan. aku hanya manusia biasa. ketahuilah cinta itu adalah perihal hati dan perasaan. bukan mainan dan paksaan. biarlah ia datang bagaikan sakti ~ bagai menyaksikan mekar kembang mewangi.
dan mengapa ia dikurniakan daripada tuhan kepada manusia. itulah karma yg ditentukannya utk kita merasai nikmat gembira, sengsara, suka, duka, rindu, sendu, berkenan, perasan, tawa, kecewa, menyintai & dicintai, atau dicintai & tidak menyintai, atau menyintai & “layang-layang terputus tali” etc… manusia istimewa drp segenap makhluq-makhluq yg lain sbb manusia ada perasaan CINTA.