Hari Ini Sebahagian Sejarah

Hari ini ramadhan yg ke 14. semalam tido dan lepak kat uiam. Aderr assignmnet sket. Semua member demam ni aper hal ni? Sbb tu la aku gi jengok2 mereka. Hope sembuh la cepat2. 11.30 gi makan kat green wood. Makan makanan keemaran – supz ekor bersama dgn tarmimi & zul. Kebanyakan pas maghrib semua member tido ni. Dah ler siang tido. Mlm pun tido. Kalah batman & kelawar. Ekekek!

mak ayah serta adik lelaki 2 org tu gi pahang kat kuantan sbb amik barang2 adik pompuan yg tingkatan 4 yg dok mrsm bandar muazzam syah. Aisee… aku baru jer tahu masa sahur tadi. Nak gi jugak mano boleh. Ader class dan kerja. X per la. Aku bukan aper sbb best sgt naik kereta hillux toyota tu. Lg best drpd gen2 @ waja. Pas subuh mereka bertolak. Jd dok ler rumah sorang2 hari ini. Mesti kena pegi buka poser mano ni. Ingat nak gi masjid jer la sbb free. Hehehe. Leh pahala i’tikaf yg bergandakan?

Haiya. Aku x tahu knaper malangnya aku dpt sms pd pukul 8.30 drp kawan skolah lama yg benda yg x ader pasal2 dgn aku. Tp aku hanya mampu menasihati org yg fire seseorang kawan skolah lama yg lain tu utk berubah jer. Aku pun paham sbb aku telepon kawan skolah lama tu dan tanya why & why. Buat aper kecoh dlm friendster dll. Bukan dpt apo pun melainkan kerugian masa, tenaga. Alaaa… kpada kawan skolah lama tu (juga nasihat utk diri sendiri & kawan2 yg lain)… tabahkan hati… benda2 internet mcm ni tok sah dilayan sgt trutamanya friendster dan pelbagai forum tertentu yg lain2. aku pernah alaminya dlm forum nasyeed.com dulu. Mmg terasa jugak walaupun just forum hanya MAYA. Buat dono jer.

Pegi pajabat pos jap… hanto benda yg dijanjikan…. pc aku hard disk rosak teruk. Nasib baik file2 data semua dah buat backup. Biasalah dah lebih 4 tahun dah mmg nak redy jadi ler. so kena la bagi kat member yg mmg terrer giler dlm bhgian dalam pc hardware. Sbb aku mmg percaya kat dia. Namanya Muhammad Haris.

Aisee. Masa aku tulis ni. Isteri dia telepon dia nak delever baby. Dia terus kabut. Ada lagi kelahiran insan yg pernah dikhabarkan kepada aku minggu ini. Mcm mano ler kalo si suami dok jauh? Aku dpt rasakannya walaupun x alami… (aku bab nie mudah sgt terbayang dan amat sensitif) Alhamdulillah. Emm… mcm mano ler? aku hanya dpt bayangkan je la. Alaminya pun blom lagi.

Tapi rasa di dalam fantasi pun mmg meruntuhkan hati dan naluri kelelakian dan kewanitaan memberikan erti kesatuan kedua-dua naluri yg berlawanan menjadi utuh terpatri. Lahirnya cahaya hati (baby) atas nama cinta membawa makna besar dlm hidup… kepada yg pernah dan belum alaminya… SLAMAT BERJAYA semua! Kerja sambung balik… kena siap design yg satu ni… salamz!

Leave a Reply