Minggu Ini

dituliz pd pukul 5:27 am, pagi ahad 23/10/2005… salamz wei warkah bisooo! ni ler my diari:

khamiz 20/10/2005

dah ok kot. sblm ni frust menonggeng tahap dewa! gi kerja pagi2. pasang radio era. dengar lagu raya. aisee! lagu raya yg jiwang lg sedey la plak. lagu yg aishah nyanyi tu. tak pasal2 berair mata, huhuhuhuhu. tutup radio sbb nak konsentrate driving.
>>> telepon dia - sama2 minta maaf…
so kena la bersosial dgn jumper member2 utk lupakan kepedihan. kwang kwang kwang…  may be it will take a few days, weeks, months… years… giler kalu bertahun melampau ler! tak patut, tak patut. yahoo… esok x kerja sbb nuzul qur’an.

jumaat 21/10/2005

bangun pagi gi opis tmpt kerja, amik slip gaji yg ttinggal smlm utk… ader la… pas amik slip gaji blah ler sbb mano keje ari ni. pas gi solat jumaat kat uiam dgn amar. pas tu gi tempat jual kereta nak beli kreta waja. rasanya x sempat dpt sblm rayer ni. ntah ler beli ker tak! pukul 4.30 ptg.

aku ACCIDENT dgn motor – alhamdulillah kecik jer. sama2 salah. tapi aku dah bagi signal. aku hanto pak cik yg jatuh motor utk gi klinik. kerna kasihan dan rasa tanggungjawabz aku bayo ler duit rawatan. huhuhuhuhu. tak per la sbb sama2 melayu. dah ler bulan pose. aku mmg dah berhati-hati di jln raya tp dah mmg nak kena jugak. just redha jer la. aku ni kena badi member2 baik yg frust in love kot. yg sorang baru break dgn waheeda wassini pun accident gak. apa la nasib kita orang semua? kebetulan shj.

bbuka pose d rumah jer. pas tu pd malam pas terawikh heh! gi UPM… member nak jumper. sajer-sajer bawak member jalan2 di alamanda di putrajaya. trima kasih pada kawan tu kerna teman jalan2 sbb sama2 ajak. balik uiam pukul satu pg plus utk tido ler!… bagun kol 4:45 am utk balik rumah for sahur…

sabtu 22/10/2005

bangun lepas sahur di rumah tadi pukul 2.30 pm (nak kena lempang!). petang sket lps asar gi beli susu dan ais creamz kat tesco di slayang mall. mak kirim beli utk 2 budak lelaki yg akan bersunat cuti skolah akhir tahun ini (adik aku ler) nak makan conflake konon. mak kirim beli tapi duit aku yg kluar, hahahahaha!. mmg la sbb nak jadi anak yg baikkan? buka pose di rumah.

pas tu gi uiam niat nak hanto member yg kena denggi kat spital/klinik ker. dia tak der plak. dok bilik member lain. tunggu nyer tunggu… dia lari kot! so gi la pusing2 di malam hari dgn member baik. mula2 gi pusing bukit antarabangsa, pas tu gi uiam matrik pj… pas tu gi shah alam. hujan teruk… so aku kena concentrete la di jln raya.

masa di shah alam member call nak jumper member dia. masa tu aku dah brenti dah kat restoran nak makan minum dgn member2 nasyidz di sec 13. masa tu aku dah bengang dah! dia mcm paksa aku. aku mengalah. so cari2 rumah member dia kat sec 18 tak jumper. padan muker hahahahah! sbb aku fade up. lg sbb hujan! gaduh-gaduh mulut 2 minit pastu sama2 tak cakap dari shah alam sampai ler ke uiam! senyap jer. blom kluar shah alam dia dah tido! hahahahaha! wei ni member lelaki ler! kawan yg antara paling baik. biasa ler we all slalu gaduh mulut. tp yg ni semcm sket. dah ler hujan lebat! dlm perjalanan balik tu. mmg kena lalu kat pusat bandaraya kl. member dah tido!

aku sesat beberapa kali dan tersilap masuk jalan2 yg ader PELACUR2 yg sebangsa dan seagama dgnku menunggu binatang sial yg bernama lelaki jalang (sedih)! ya allah aku kena pancaroba skali lagi. tak sangka sama skali termasuk jalan tu sbb mano aku tahu. wei! bangun ler! mamber sblh tu tido jugak. aku per lagi tutup tingkap kreter. tak sangka dua kreter waja di dpn aku yg warna putih dan depan lagi warna grey yg naiknya mat2 melayu. dok tegur PELACUR2 tu. jadi kreter aku mmg x leh nak jln sbb 2 kreter d dpn tu stop dok pilih yg mano satu berkenan (perasan aku mula2 marah sbb sama sebangsa dan seagama – pas tu baru dtg sedih, nafsu jauh sama sekali!).

ya allah darah aku berderau! pelacur tu dtg kat tepi kreta aku. wei! bangun ler! mamber tu tido jugak. dah ler bulan suci ramadhan ini. wanita sialan itu menyapa melambai dan aku lihat 2 kreter di depan dah start jalan bsama2 wanita2 sialan yg baru menaikinya. aku cepat2 tekan minyak dan jalan. alhamdulillah, sbb ader benteng (iman dan tawheed) yakni pintu krete yg membatasi utk wanita2 sialan itu mendampingi kami. syukur bebanyak. rasanya nak balik kelantan terus. sbb negeri aku mmg tiada benda2 sialan seteruk kl ini.

knapa aku diuji sebegini? mungkin ado hikmahnya. namun aku bsyukur sbb adanya gapz yakni kereta yg bertutup cermin. berat lagi la ujian menimpa dulu kot. masa tu dah terbayang dah kisah jelitawan zulaikha menggoda nabi yusuf as. nasib baik jalan tu pendek shj. so dpt speed sket.

pas tu entah ke mano aku jalan, sesat. member sebelah tido! dekat sejam gakz cari2 jalan keluar? sbb hejan lebat sign board x nampak langsung. aku tak tahu knapa mlm ni aku diuji sebegini. nasib baik ader member walupun dia tido. so aku stop jap tepi jalan. aku baca ayat kursi dll... ayat sribu dinar ker… dan selawat. aku pejam mata mohon ampun dan istighfar dr allah. aku hayati betul2 maksudnya ayat2 suci itu. yg aku ingat d masa terakhir aku baca sebaris ayat dlm surah an-nur ayat yg berbunyi “nuurun ‘alaa nuur” yg bermaksud “cahaya di atas cahaya”. alhamdulillah ada “cahaya” sebalik hujan yg lebat utk aku melalui jalan utk balik ke uia. mmg kl; mmg kena berpandukan papan tanda bg mereka yg tak familiar jln sepertinya aku ini.

syukurz, sampai gakz di uiam pukul 3.30 am. pintu masuk uiam ternganga panjang tapi pak guardz tido ternganga mulut – kat tepi pintu pagar. so jalan masuk ler tu. sampai bilik member. aku gi solat dan mengadu pd rabbi. ya allah hai pencipta cintaku. minggu ini banyak ujian yg engkau turunkan pd ku. aku pasrah dan bersyukur atas segala dugaan2 yg menimpa ku ini.

walau hatiku remuk dek cinta dan imanku tercabar dek sialan2 kota, aku tetap memegang kalimah sucimu! segala2nya aku kembalikan kehancuran cinta hatiku padamu moga engkau gantikannya dgn titis2 cinta yg teragung daripada dzatmu. apakah kesalahanku hingga hamba diuji sebegini? rabbii… ya dzal jala wal ikraam… jauhilah aku drp dugaan sebegini yakni jgn hantarkan aku di tempat2 sialan2 kota itu. namun ku tahu ianya tersembunyi seribu satu hikmah dr mu dan aku bersyukur kerna engkau tetap memelihara & menjaga hambamu (nangis ni) hingga kini (sblm ini juga engkau memelihara aku).

hidup di negeri orang hingga pelbagai dugaan menimpa. peliharakanlah iman ini. selamatkanlah semua… selawat & salam utk rasullullah… nabi muhammad al-amin, khatamul an-biya. ameen.

Leave a Reply