Minggu Yang Lama

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

dituliz pada jam 15:54, sabtu sebelum balik beraya di kg pauh lima, kb, kelantan. hairan minggu ini aku rasa panjang giler… x tahu kenapa leh jadi mcm ni.

selasa 25/10/2005 ..


aku bangun pagi. arghhh! ya Allah aku pening. kepala terasa berat sgt. x mampu pergi ke opis tempat kerja. aku sms pada bos aku ust zukhri, dan kawan2 sekerja. duduk rumah jer la… bukak computer pun x sudi. rehat. dapat mc bila g klinik. sakit ditentukan utk koleksi diri barangkali.

rabu 26/10/2005

alhamdulillah. bertambah baik dan leh gi kerja. ari ini kerja concentrate semacam jer. buat logo, banner, bunting nyer disgn utk client. aku kerja slalu balik lambat sbb x guna jugak balik awal kena tunggu berbuka. kalo balik pukul 6.25++ leh jer… sampai depan rumah terus dengar azan dan makan. tapi ini punyer hari lain mcm sket… jem giler kat round about dan bulatan bertingkat kat batu caves!!! mak dan ayah gi perak amik adik no2 pompuan. 2 org adik llaki kat rumah tunggu aku yg tak balik2 lg sbb jem


masa jem siap sms member dan leh siap call la sasaper yg nak call… kawan. tension jugak dibuatnya. nasib baik hari amat redup dan kesejukan itu menjadikan tenang damai. masa nak sampai rumah tu. aku sempatz beli lauk pauk utk makan bersama 3 budak lelaki.
malam tu. biasa la dok kat dlm bilik. boring2 aku turun bawah tengok tv. pas tu naik atas. mak ayah dan adik pompuan dah sampai. bertuahnyer adik pompuan aku ni. dia dpt note book computer dr ayah. aisee jelousnyer. dah ler dia bukannyer reti sgt computer2 nih. taip misrosoft word pun tekan satu2 key words kat keyboardz. ssbb ayah beli dan bagi sbb kat uitm arau perlis susah nak dpt guna computer kot. senang sket dia nak wat assignmnet…


tido x tahu pukul berapa. tapi sepanjang minggu ini aku slalu tido lewat. dah mmg baring kat pembaringan. tp mata tak jugak mau lelap! mcm2 benda dan apa2 yg difikir. perang sana sini la, muzik halus la, graphix la, cinta la, masa hadapan la, landscape arch la, dan tak tahu apoer2 lagi yg aku fikir… rasanya aku tido hampir dgn waktu sahur la. pas tu jam loceng kejutkan aku. wei aku baru tido 2 minit. kan dah nak sahur pukul 5.20am… aper la aku ni minggu ni..


khamis 26/10/2005


khamis pun sama gi kerja. design banner dan bunting sudah siap printing dan di bawa pulang opis. cepatkan? mlm jalan2 kat uiam. buka poser dgn kawan skolah lama. ingat ker dia sorang yg dtg. rupernyer 4 lg membernya. penuh kereta. x leh nak bercerita aper2 pasal skarang ni. x per. lh pun leh kenal member2 dia. so terpaksa la aku bawah naik balik pc computer yg siap dibaiki oleh husni haris
yg leh aku katan sgt2 percaya atas kepakaran yg dia ader sbb dia dan abg dia muhammad haris mmg leh baiki… bukan stakat leh baik… aper2 la pasal dunia pc ni! terpaksa la aku angkat naik balik kat pis sbb blakang nyer tempat duduku member sklah lama nak duduk.


x per la… makan kat seri gombak jer. aku makan telur bistick dan sup daging jer. solat kat masjid dekat situ. pas tu member nak gi care fore. so aku suruh dia drop aku kat opis ler. janji hanto balik kereta sblm kul 9.45mlm. wei rameden (nama kwn skolah dia)! mung ni… isi minyak yerks! pukul 11.30 baru hanto kereta. boring giler tunggu! kat opis mlm mmg la boring sbb kerja dah mmg x leh sbb otak dah tepu. ape pun kira aku ok jer. sampai kreta dpn opis aku angkut pc, flat screen dan barang2 yg lain ke dlm krete. hanto dia kat uiam lagi. 2 kerja plak! aisee. tak per. sama2 fahamz. pas tu baru patah balik ke rumah d selayang. sampai rumah pukul 12.30 mlm. mcm biasa x leh tido… sampai sahur.


jumaat 28/10/2005


adik nak kereta. sibook! eekkekeke. ok la bagi la. nak gi shopping dgn mak la nie. so masa kerja bila nak gi jummat kena tumpang la ust zukhri. solat d masjid seri gombak. best. tenang giler.
sbb ARCHITECTURE dan interior design masjid tu mmg mmbuatkan aku felling. mabuk khusyuk la dgn suasana yg direka.


ptg tu adik pompuan hanto kereta. bagus! rupa2nya semua dah nak balik kg. huuhuhuhu… mak ayah dan semua adik dah naik kereta masing2 utk balik ke kelantan. arghhhhhhh!!! tp masa hanto kereta aku tu semua berbuka posa sekali (kecuali adik pompuan tingkatan 4 sbb dak sampai kelantan dr mrsm muazzam syah) kat restoran dekat opis aku. RM 12 sekepala. ingat ker free heh!
so, tinggal lah aku sorang kat KL ni… boring giler! aku x leh dok rumah. gi la jalan2. singgah uiam pd pukul 4.30 am utk bersahur. pas tu on da way kat batu caves. sakit perut la masa driving. so singgah opis la untuk…….. >>>> subuh terus opis. pas tu balik. bos ku ust zukhri pun dtg gak masa subuh tu. aku x lama kat opis


sabtu 29/10/2005


subuh terus opis. pas tu balik. bos ku ust zukhri pun dtg gak masa subuh tu. aku x lama kat opis sbb ngantok. balik rumah tido ler. bangun pukul 1.30 tgh hari. check kereta tayar, air enjin ba bla bla…. dtg opis pukul 3.55pm. pas tu dtg opis utk sambung kerja client - nama PERNEC. buat buku malajah diorang! best jugak sbb semua bahan dah ader. alhamdulillah la.


td baru dpt sms dr lecture landscape architecture. aper dia? ooo nak suruh gi uiam utk amik briefing 4 final design thesis. insyaAllah aku pas raya masuk balik uiam scr penuh. aku dah prepare utk buat topis utk final design thesis aku namanya -
LANDSCPE FOR LUXURY PARK. betul ker eje? maksudnya "landskap utk taman-taman kemewahan". aku ni kalo translate bunyinya semacam sket. maklum la aku ni…. ok continue.

doakan aku sbb esok pas subuh aku balik kampung di pauh 5 KB kelantan rasanya. bawak balik semua brg2. hai! barang2 utk raya x beli lg. entah la… aidilfitri ni… minggu ini sangat lama aku rasakan. TAWHEED!

Leave a Reply