Temasya Kembara Perjuangan IV (Cinta Manusia)
dua jalan yg terbentang indah
satunya terasa sempurna
tetapi aku sangat terleka
bagai kesabaran yg berputus asa
yang kedua beraneka rentak
menungguku bagai angan tak sudah
aku berlari sembunyi ke hujung ufuk
hatiku tak tahan
temasya kembara perjuangan
aku tersepit di antara keduanya
menguji iman dan amalan jiwa
tetapi aku tetap aku
inilah yang ditentukannya
temasya kembara perjuangan
tintanya air mata berdarah
ke mana berkelana aku kesepian
ke mana berkembara aku keseorangan
temasya kembara perjuangan
bersyukur sahaja melaluinya
mengapa begini dan tiada jawapannya
cahaya itu tetap aku tunggu
moga air mata suci ini
bisa menyirami jurang kepanasan
dengan doa dan usaha
cekal menghadapinya
walau pedih…
temasya kembara perjuangan
bebaskan aku dari belenggu
berikan aku cahaya hakiki
khazanah puisi baru Ahmad Busyairi
[11:23 am / 15 ramadhan 1425 / 19 oktober 2006]