Tulisan Tanpa Tajuk
Sunday, December 25th, 2005Mimpi Sang Pendeta
Gunung lara berkabus sepi
Menjadi titi pendeta sakti
Juzuk alam meresapi hati
Mencari mimpi menyatu abadi
Bersila tapa di jejernih air
Berselendang suci menyapah pepasir
Menyalit laduni amarah mengusir
Mencari jiwa rahsia terpinggir
Telapak tangan bertemu paksi
Menyeru jejinjang bertapak sendiri
Menyinar darah diulit kersani
Meludah cahaya panji kemari
3:47 pm, 10 September 2003
Salamz… Akhirnya aku berjumpa juga dengan sebuah tulisan lama aku di sebalik aku menyemak-nyemak susunan fail-fail terdahulu. Rangkap tulisan ini aku tinggalkan di dalam buku tertentu… tidak sempat untuk aku masukkan di dalam bank koleksi puisi aku yg bewarna biru cerah berplastik ini. Lantas ingatan dahulu ketika aku frust di dalam mencari di mana hendak mendapatkan kembali puisi yg bertemakan pencak persilatan tinggi alam melayu yg aku karang sendiri – kerana aku memang lupa akan setiap bait-baitnya kecuali “gunung lara berkabus sepi” jer… “panji kemari”… “kersani mengulit darah merah”… itu la yg mampu aku ingat tanpa tersusun. Sebelum ini mmg aku tulis di dalm web site tertentu namun web site tu terbakar… habis segala apa komentar yg dibuat oleh peminat bahasa sastera dan lirik lagu.
Wokeh… habiz cerita pasal seni & sastera. Hari ini aku dok studio landscape architecture aku – tengah buat mock-up model jer la… sambil kemas2 skit… aku akan jadi biol kalo keadaan x kemas. Pas tu aku tuliskan apa yg ader pada board yg masih kosong untuk inventory & analysis… dan juga systhesis… pasal tajuk aku la… hmm… masa beberapa budak landscape dtg utk buat di studio atau pada pagi presentation – dua pen permenent warna biru dan pensil tekan lesapz… haiyyaaa… nasibz…
Actually… minggu lepas yakni khamis aku baru habis presentation for my topic – proposed water front landscape design at denai, bukit jelutong, shah alam. Alhamdulillah nampaknya aku yakin apa yg aku buat. Masa jalan kat site tu… sakit pinggang sbb kena pusing sepanjang kawasan takungan pertama, merentasi stream river pertama, merentasi stream river kedua dan merintangi kawasan takungan kedua. Letih kapla lutut beb!… tapi mmg puas hati dan berbaloi atas apa yg aku usahakan… Cuma kene kejar masa jer la… tp mmg x 100% siap utk presentationz…
Aku kene present kat mdm nurhayati dan bro zainul… itu pada minggu ke-3… kedua-dua mereka bagi cadangan dan tunjuk ajar agar dpt aku memantapkan lg design dan concept design nnt… trima kasih bebanyak… aku mmg heppy dan rasanya kena upgrade lagi yg maner tertinggal kosong pada board 5th dan 6th… board lain 7th dan 8th… ok jer… kena tambah buat model nanti nih!
Minggu lepas is suatu minggu yg terancang tetapi memenatkan dalam kepuasan – sbb lectures mcm tunjuk lega je apa yg aku buat. Tp x bermakna aku kena buat mcm tu jer… aku anggap ianya satu cabaran untuk aku tekan kelas dan tukar pula gear yg lebih tinggi lagi… agar laju dan terancang lagi segala gerak kerja landscape architecture aku… korang tolong la doakan aku yerks… insyaAllah.
Tu la… kalo aku dok bilik kat kolej sampai mati tak akan siap… mmg hidup dlm course landscape architecture ini mmg kena hidup dlm studio. Studioku rumahku syurgaku… tak la… malam pukul 12.00 aku balik la bilik kat kolej… pagi2 pas subuh datang la studio… aku rasanya mmg banyak lagi la yg kena aku refer kepada aku nyer advisor, lectures dan panel dari luar… kekadang aku rasa menyesal… mmg menyesal pun sbb minggu pertama tika uiam dok sibok busy pasal ipac – alaa… mcm pesta kesenian la… tetiap malam ader show kat dewan besar uiam – cac nanamya… aper lagi sbg org seni yg tak terkenal mmg aku gian nak pergi sana… tetiap malam beb! Hancus kerja landscape aku pd minggu kedua… tp sekarang dh minggu ke empat. Aku dah push aku sendiri… tak nak lagi gila2 nak gi show… dah show ipac tu habis. Tapi kerja still berjalan pada masa tu tapi slow je la… la ni tidak lagi… x tahu la org lain… sbb aku 2 org jer lelaki… aku dan zul… yg lain 20 lebih pompuan… hayya…
Hari jumaat pd malam tu IPIeN 3rd year landscape – aku balik skali dgn dia. Pagi sabtu stil lepak studio… khairul amir dan tarmimi dtg kebetulan terserempak sbb ader biro tatanegara nyer kiursus di kaed. Semalam makan dgn kawan baik aku AMAR kat kubuq. Luper la sapa lg yg hidup dgn aku pd minggu ini… terima kasih semua…
Hari ini hari ahad… hari minggu la di KL… so aku basuh jer la baju2… sambil tunggu mesin basuh berjalan… makan kat kolej siddiq… pas tu… sidai2 pakaian kat bilik… dengar radio. Solat zuhur kat musolla dan terus gi kaed, uiam utk sambung kerja buat mock-up model. Aku ingat aku kena burn la cd2 lagu2 best utk dengar kat radio kat bilik… bosan dibuatnya sbb dok bilik sorang2… member lain pun balik rumah kat n9… ader yg kerja… ada 1 bilik partition kosong… tmpt tu lah aku sidai baju2 yg baru basuh tue…
Rasa2 itu lah sahaja utk kali ini. Doakanlah kejayaan bersama – aku dan kalianz. Doakan aku moga murah rezeki sbb skarang tgh kering RM nih ha… tp boleh la hidup… rezeki lain jugak2 spt… what ever Allah wanna give to me… i alwiz redha… itu yg aku pelajari di dalam temasya kembara perjuangan yg lepas… yg lepas itu adalah daripada dahulu dan sesaat yg lalu… syukur seadanya… aku tenang dan hepi lo nih! Hidup diteruskan bersama iringan doa dan harapan dari diri sendiri dan juga kalianz… Ameen.