Sesuatu Yg Tangkap Lentok & Sesuatu Yg Tak Terbalas

Di sini aku mulakan yg terkemudian yakni sesuatu yg tak terbalas. Apa itu? Barangkali ianya SMS daripada kengkawan… sbb skarang aku berada di dalam tempoh “berjimat cermat”. Maklum la sbb dah berhenti kerja utk sambung study di final sem di uiam. So credit tepon aku x top-up. Dan juga barangkali msg e-mail drp main yahoo, hotmail, dan friendster… banyak sangat… puratanya 10 sehari. Mmg x terbalas dan trima kasih pd semua yg msg pada aku. Hmmm… dewasa ini baru nak msg… masa aku kerja dulu yakni sem 3 & sem 1 lepas tak nak… bertuah betul aku! Bertuah dlm blur jer la

Wokeh… 2 hari lepas aku busy dgn ACNI 2005 (Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005). Tahniah kpd semua yg menjayakannya. Dan semua yg berjaya… aku masa realhearsal sehari sblm itu aku tengok2 kat dewan MBSA. Aku jaga sound kat monitor dan pastikan agar kengkawan lama nyer berjalan dgn lancar. Mereka itu IN-TEAM dan AL-MASAAR sbg backup… alhamdulillah ok la aku rasanya… aku dtg pd mlm tu dtg dgn AMAR. Ramai datang pd masa itu. Ada kawan-kawan yg ceria, manusia2 pejuang, kawan-kawan yg serius, insan-insan seni dan ada juga “orang-orang palsu” yg bila bersalam dan terus blah!

Ini cerita minggu uiam yg lepas… my topic yg telah dipersetujui adalah PROPOSED WATER FRONT DESIGN AT DENAI, BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM. Topic yg 2 mingggu lepaz telah diolah supaya menjadi lebih elokz. Aku syukurz jer. Sbb mmg kena serius giler dlm buat setiap tugasanz agar mengikut jadualz. Doakanlah ya kawan2 semua yer.

Ini ha. Minggu lepas 2 adik lelaki aku dah bersunat kat kelantan. Aku x sempat balik sbb kerja dan study. Maaflah yer 2 budak awalan remaja – adik aku la. Tp aku tepon la mak aku tanya khabar mcm mano derang. Aper la gi kat klinik yg buat operation bersunat yg guna jahit yg kena buang!!! Pasti sakit sbb dlm masa 4-7 hari mmg kena buang jahit tue. Bezanya la dgn tangan aku yg luka Mei lepas mmg kena jahit yg kena bukak! Tangan x per sbb kulit dia x mcm kulit pada organ lelaki itu. Kalo kena buang jahit kat tangan Mei dahulu mmg x rasa apa sbb texture kulit kat telapak tgn mmg lain. Ini organ tu… wakakwakakakakaa…

Hmm… kesian, aku tepon mak aku… derang nangis sbb sakit masa jahit tu dicabut sbb ia melekat sesangat kat kulit. AUUUUUUUWWWWW!!!!!!!! ARGGGHHHHHHH!!! Aku dahulu jahitan masa bersunat masa budak dahulu yg mmg ayah dan tok aku gi tempat klinik kat KB yg jahitnya boleh tanggal sendiri. So aku x der aper2 la sgt. Alhamdulillah… tu la sbb x gi kat klinik yg special. Sbb 2 org adik aku kena silap tempat kot. Ingat ker kat pekan binjai itu dah ada teknologi jahit tanggal sendiri rupa2nya masih kolot! Derang kena dgn zaman 1970-an dan awal 1980-an nyer bersunat nyer teknologi jahit yg kena cabut buang… wal hal ini sudah tahun 2005. aku rasa lain kali bila nak bersunat kat anak2 nanti kena tanya mcm mano dia nyer jahit. Kalo jahit buang tu… just say bye2 to the ancient klinik. Just pengalaman utk dikongsi bersama.

Begitu juga mak aku cerita di masa dia lahirkan aku dahulu… juga kena jahit yg kena buang jahit. Masa itu zaman awal 1980an. Ibuku cakap sakitnya x tertahan… Aku tahan jer air mata.. bila mak aku critakan. Pas tu adik2 kedua dan seterusnya mmg dijahit yg jahitannya mmg tanggal sendiri. Yg adik kedua pun jauh beza. Aku tahun 1981. my sister 1986… Aku x leh critakan pasal sengasara seorang ibu melahirkan anak… mmg x leh. Aku hanya boleh ceritakan dgn ditulis bertintakan oleh air mata… sorry. Tears of crying. I’m in feeling now…

RESTU

setitis kasih sayang ibuku tiada ternilai
secebis pengorbanan ayahku tiada terbalas
mengasuh mendidikku menjadi insan yang berjaya
terima kasih ibu, ayah kerana membawaku ke dunia

kukucup tangan ibu, ayah tanda kumemohon restu
ampuni jua dosa-dosa anakmu andai tersilap laku
doakanlah hidup anakmu ini agar berjaya
sempurna sejahtera menempuhi hari yang bakal menjelma

coros:
restu ibu dan ayah
cahaya kehidupan
cinta dan kasih sayang
bersemi di taman hati

restu ibu dan ayah
azimat perjuangan
mencari impian cinta
keluarga bahagia

segenggam harapan anakmu melangit tingginya
seuntai kalimah doa ibu ayah diperkenankan Ilahi
kupohonkan restu, redhamu duhai permata hati
damailah bahagia sinar suci di taman indah syurgawi

bridge:
oh ibu, ayah dengarlah rintihan anakmu
anakmu mendamba restu dan kasih sayangmu
redha Allah itu terletak di atas keredhaan ibu ayah
restu ibu dan ayah membawa cahaya kedamaian yang abadi

Alhamdulillah… ini adalah lirik pertama lagu di dlm album terbaru gabungan SAUJANA vs NOWSEEHEART bertajuk dlm album tu lirik dia adalah yg kedua. So lain la skit drp yg di atas tadi. JALAN SEHALA. Jgn x beli lagu ini mmg best tau! Mcm album gabungan V.E. vs RUFFEDGE la dulu yg popular dgn lagu “khayalan”. Lagu RESTU yg lirik aku buat, karang dlm album tersebut ditukar mengikut kesuaian konsep saujana barangkali dan aku ok jer la kot… sbb baru memula kini. Tapi aku rasa dan berpendapat lirik asal ini adalah lebih menjuruskan kpd unsur dunia Melayu-Islam ditambah lg andai ianya digubah mengikut adunan sususan muzik Melayu kontemporari. Kira aku berangan tp x kesampaian la utk menjadikan lagu RESTU ini kalau boleh ianya ada jiwa hingga sampai ketahap sepertimana lagu dendangan M.NASIR berjudul BONDA.

To Pyan Saujana. Terima kasih atas peluang emas ini. May Allah bless u. Suatu hari nanti lagu ini akan aku susun sendiri muziknya utk menjadikan ianya satu fantasi di dalam alam penerokaan ilmu muzik aku. Lagu ini mempunyai jiwa tersendiri dan mungkin Pyan Saujana sbg penerbit melakari arah tuju tersendiri utk lagu restu ini bersesuaian dgn konsep kump saujana. Tp aku ada juga imaginasi utk lagu ini. Imaginasi intro lagu ini bermula dgn gambus… dan seterusnya… dinyanyikan duet oleh aku dan budak dlm batch studio landscape aku dahulu yg telah grade. aku inginkan setiap tune dan bunyi dlm muzik lg ini nanti ada unsur jiwa. Baik dr gambus, gendang, bass, chord guitar, string viola, dll, semua bersatu lalu terjadi suata rasa tertentu yg membawa fantasi menuju restu dan redha Pencipta Cinta terhadap tahap intelektual muzik yg dikurniakanNYA. Alaaah… mano korang faham sbb cakap jer… tp aku mmg bercita-cita utk reproduce lagu ini. Pyan, lagu ini mmg berhantu dlm imaginasi aku. Tetapi “hantu”nya lagu ini mengikut fantasi jiwa akulah. Andai ada percaturan dan taqdir Ilahi utk aku gubah lagu ini kembali… dan syukur Allah atas sahabat bernama Suffian Amrin a.k.a Pyan (Saujana).

Tadi sorang lagi kawan baik aku baru rakamkan demo kat pc aku… aku dgn dia mmg dah lama kawan baik sejak matrix uiam. dia dtg dgn gitar akustix utk petik chord utk lagu2 dia. 2 lagu dia berjudul “Takut Bencana Datang” dan “Zaujati” (Isteriku). Namanya sudah aku tulis di atas di dlm perenggan Anugerah Industri Nasyid IKIM.fm 2005. dia dtg bersama aku pd mlm anugerah itu. Mmg puas hati bekerjasama dgn dia. Puas sesangat… Lagi pun 2 lagu itu mmg aku suka sbb 1 lagu tu mmg killer – lagu ZAUJATI. Ianya teramat istimewa bagi mereka yg telah beristeri dan bakal beristeri. Hhuhuhuhuhuuuu… tunggu nntlah kehadiran lagu nnt di pasaran nnt. Lama lagi rasanya… lagu ini intronya semacam lagu SEROJA… pas tu tu jadi balada Melayu. Kita tunggulah nnt versi yg siap sepenuhnya. Tp aku rasa dan ramal lagu ini akan menjadi lagu seperti lagu evergreen dendangan kopratasa – rasanya bertajuk “permata buat isteriku”. Dan ia barangkali akan dikenang zaman berzaman dan akan dirakamkan & dinyanyikan kembali oleh penyanyi 5, 10, 20 tahun nanti. Itu hanya ramalan aku sahaja. Bukan cakap besar tetapi hanya sekadar menyiakan perasan melalui naluri ke atas jiwa muzik dan lagu. Dialah kawan aku yg berbakat Ariff Muazim Abdul Rahman a.k.a AMAR.

Ada lagi kawan2 seperjuangan aku yg akan aku tulis kisah mereka. Tak kira dlm nasyid ker, rock ker @ lain2 genre la… Buat semua – just wait dan alwiz smile with doa togother! Ameen

Sikit, sikit lagi… pasal chenta… cinta. Semuanya dikenang sepanjang zaman. Didoakan moga semua berbahagia bersama kebahagian masing2. kerna aku juga ada juga kebahagiaan aku yg tersendiri.

Itulah aku… Muhammad Busyairi Ahmad. Bakal landscape architect yg mempunyai moto SENI + SAINS + SASTERA = JALAN YANG ESA. Doakanlah kejayaan bersama. AKU NAK JADI LANDSCAPE ARCHITECT LA!!!! Yg lain2 bidang tu sbg kepuasan hati yg terutama dan serius… landscape architect adalah suatu pengajian yg tidak terbalas andai aku melencong ke bidang lain. Itulah “Sesuatu Yg Tangkap Lentok & Sesuatu Yg Tak Terbalas” dlm diari warqah bisu aku kali ini. - 2005.12.13, 02.03 am | Selasa.

3 Responses to “Sesuatu Yg Tangkap Lentok & Sesuatu Yg Tak Terbalas”

  1. ziEEE Says:

    hi big brother…assalammualaikum…since that song are really cool…boleh lah buat the next inspiration for study…..dulu..just listen to rabbani ayah ibu…baru naik semangat nak study……berjuang for my family!!..love all of the,…but…abng bush nie..tak baik tau…dah lama mintak koleksi nasyid2 lama….yang dulu dah selamat..when my “budak”(nama pc kesayanagn)..kena re format!!!…plz big brother!!!….need to have all of them back!!!

  2. NuRin Says:

    Assalamualaikum…

    TAHNIAH!!! saya bangga dgn bakat awak… jarang jumpa org yg mampu menggabungkan 3 dlm 1… SENI-SAINS -SASTERA…(2bakat s/jadi….1 bakat dicari)….KESIMPULANnya: Awak mmg berjiwa seni…Al-maklum la, architecture :-)

  3. TY Says:

    assalamualaikum…hai banyak betul pujian melambon kat abe busyairi ni yer..dah tak tau nak say aper about him..but…nak kata kenal rapat tu tak juga. tapi best friend my brother. my brot ler selalu puji dia.emmm. abe busy ni memang power bab2 design ni.eemmm kalu tak, manakan dapat buat kulit album artis2 ni..lagu pun ada yang dia cipta. n tak silap saya lagu saujana. tajuknnnyerrr.luper lah. tapi saya dah dengar…best n banyak lagi karya2 lagu nasyid yang bakal abg.bus ni kuarkan. tahniah. power tu…em…raya haji ni balik ker.. jangan luper g beraya lagi kat umah. hari tu pun g kejap jer..em jangan luper rayer kedua, ada majlis ckit. bolehlah bernasyid nanti…hehe.. okey….wsalm
    nak masuk testi tak dapat…

Leave a Reply