raya hajee

Hari ini lain drpd yg lain. Aku buka tingkap jendelaku. Sinar mentari semacam senyum tanda menyinarkan rahmat Allah, kerna hari ini Hari Raya Haji – ‘Aidiladha. Cuaca dingin indah. Dedaun di pohonan cukup “terangkat” hijaunya. Entahlah… mungkin mataku yg silap atau sengaja alam membuatkan dirinya “berseri”. Aku sebenarnya terkenangkan semua… semua, semua dan semualah!

Selepas solat hari raya ‘aidiladha pagi ini, aku menulis untuk kesekian kalinya. Tadi aku bangkit dr tidur, mandi… lantaran bergegas menaiki kereta utk ke masjid. Aku menyapa seorang budak negro muslim, namanya Ali utk menaiki kereta bersama ke majlis solat raya. Matanya merah tanda terkenangkan keluarganya di sana -  di Genue rupanya. Sampai sahaja di masjid, irama syahdu menusuk jiwa semua orang-orang yg beriman utk menghayati semangat perjuangan di dlm mematuhi segala suruhan dan tegahan drp Allah swt dan Nabi Muhammad saw.

Dan juga semangat Nabi Allah Ibrahim as dan puteranya Nabi Ismail as dlm kisah kenabian insan-insan mustafa (yg terpilih) ribuan tahun dahulu. Di masa itu, mungkin tamadun melayu masih belum wujud. Dan aku bersyukur sebesar-besar mahanya kekuasaan Allah rabbul ‘alamin di atas keIslaman tamadun melayu nusantaratetapi sedikit kurang berpuas hati akan geografi dan politik ciptaan musuh sembunyi dan nyata yg sudah lama menyerapi idelogi sesiapa sahaja yg melanda alam melayu kini hingga agama dan adat kita sudah lama kian terhakis. Aku juga terkenang kisah-kisah di dalm temasya kembara perjuangan aku dari aku tiada, ada, lahir ke dunia… dan seterusnya. Semuanya aku serahkan semata-mata kerna Ilahi.

EID SONG

Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

La ilaha illallah
Muhammad rasulallah
La ilaha illallah
Muhammad rasulallah
‘Alayhi salatullah
‘Alayhi salatullah

Children are wearing new clothes
Bright colours fill the streets
Their faces full of laughter
Their pockets full of sweets
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

Mosques are full of worshippers
in rows straight and neat
Their Lord they remember, His name they repeat
Their hands are raised to the sky
They supplicate and plead
On this blessed day
Forgive us they entreat
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

People are giving charity
And helping those in need
In giving they’re competing
Today there is no greed
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

Enemies embracing each other
All hatred is buried
Everyone is celebrating
Greeting everyone they meet
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

lyrics: Bara Kherigi / melody: Persian Folklore / additions: Sami Yusuf / © 2005 Awakening

Inilah kali pertama aku menyambut hari raya hari haji di sini. Bagi masyarakat bukan alam melayu nusantara khususnya negara-negara Islam timur tengah dan negara –negara muslim afrika, mereka lebihkan ‘aidiladha (raya qurban/haji) berbanding dengan ‘aidilfitri (raya puasa)… kerna itulah sebenarnya semangat Islam sejati. Bagi alam melayu di nusantara, mereka sambut raya ‘aidilfitri secara “gila-gila” dan berlebihan. Tetapi itulah yg aku lamuni daripada zaman budak-budak dahulu. Tetapi semangat kebenaran tetap bersama dengan ‘aidiladha. Walaupun aku lebih suka berada di dalam suasana kampung aku di pauh lima, kota bharu, kelantan, tanah melayu… Apa-apa pun raya, di mana sahaja jiwa dan aqidah aku tetap sama dari alam ruh, alam dunia… dan selama-lamanyalah!

Ini cerita aku daripada kelmarin dan minggu-minggu lepas. Semalam aku pergi ke Klang, untuk visit taman botanic klang. Sungguh cantik landscape yg direka di kawasan itu. Ada element residential bergabung dengan waterfront… mmg cantik. Terkejut aku bandar Klang mmg besar. Pasaraya Giant dia lepas besar drpd Giant sec 13 shah alam dan Giant batu caves. Mahgribnya aku berada di rumah sahabat baikku – EPUL (AMRAIN). Epul menjemput aku makan di rumah keluarganya. Aku ucapkan infiniti trima kasih kerna layanan semua terutamanya ibunya yg cukup prihatin. Ditambah dengan masakan ‘aidiladha yg amat “secukup rasa” dan membuatkan sesiapa sahaja akan menambahnya. Very superb!!! Mmg amat mesra… aku belajar akan erti setitik erti kehidupan “berkeluarga yg lain dari sini”, daripada kelurga Epul yg amat superb melayani tetamu… hanya satu sahaja – terima kasih di dalam doaku dimurahkan rezeki kalian. Ameen…

Kenapa aku tidak pulang ke Kelantan?… Pertama sbb aku sudah pulang minggu lepas. Tidak larat la nak pulang sekali lagi. Duit minyak lagi. Aku busykan kerja sekarang… ermmm… Mungkin disebabkan oleh hati yg “masih terasa pedih” peritnya berqurban mencari sesuatu. What everlah! Sukar sgt utk “membunuh” perasaan ini. Mungkin kerna dialah “mustafa”… tetapi tidak ditaqdirkan Ilahi utk bersamanya. Allah hanya gerakkan hatiku dan tidak gerakkan hatinya… Mengapa harus selalu begini ya Ilahi? Aku tahu la ini ujian… Barangkali dialah “mustafa” yg tidak dpt bersatu. Aku yakin akan suratan-Mu Ilahi kerna Engkaulah sebaik-sebaik penetu “zaujatil mustafa”… “paragon” yg ku cari belum bertamu di sisi…

Rasanya dah boring dan habis modal la… Salam ‘AidilAdha dari perantauan tetapi jua di bumi bertuah – tanah melayu. wassalamz

Leave a Reply