Selepas ku makan maggi
Salam semua. Agak lama juga aku tidak menyampaikan cerita-cerita semasa aku sejak sibuk dan “bagai menyepi” oleh tugasan final design thesis yg membuatkan aku tidak tidur 3 hari. Kalo tido tu maybe 2 jam jer la. Hasilnya aku mmg puas hati sbb lecture2 cakap “SYABAS”… kalo dunia landscape architecture aku mmg x akan pitching ke laut berbanding dgn dunia muzik dan nyanyian aku slalu pitching ke laut. Sbb x practice dan satu lagi… sbb nyanyi sambil record sendiri. Mana boleh feel… Hahahahaha.
Skarang uiam cuti sem break, aku mana ader duit nak balik klate. Telepon pun pakai public phone. aku bawa balik PC aku sbb aku rasa tension la dok studio. Banyak suara pontianak. Kdg-kdg suara pontianak pun beri tekanan juga pada aku. Eleh! Aku pasang lagu yg aku suka 1 lagu pun dah warning aku. Namun aku sabar la. Tak per la pasang la lagu2 sampai subuh. Suka hati la. Kadang2 apa yg dirasa kena luahkan juga. Sbb org tertentu tu mcm best! Nanti esok lusa aku bawa la balik pc aku tu ke studio… x guna pikir pasl benda bodoh nie! Tapi kalo x nak respect aku suka hati la. Tp kalo x nak respect waktu azan pun suka hati la… Aku bukannya pendakwah! Aku hanya tumpang jer di dunia la. Nasib baik la ada ZUL sbb hanya ada dua org je lelaki yg amik final design thesis! Wei… tahu x semangat aku ttp berkobar2 utk abiskan study aku ini… AKU X PEDULI SEMUA ITU. Bak kata member baik aku… kamarul (yg lagi terer landscape architecture tue) Kalau lah aku x sakit masuk spital pada third year dulu… apa pun aku serahkan pada Allah. To my batch – YOSH, IDRIS, HAMILIA, SYAMIMI, JANS, ASIAH, SUHAILI, KANIE, HANA, EMMY, ZURAINI… I MISS U ALL.
Semalam pergi opis telaga biru dgn AMAR. Saja… dia bagi demo utk album dia yg akan datang… dia blanja aku sbb aku tolong dia buatkan dan process recording & mixing demo2 dia itu utk pihak telaga biru dengar utk album dia akan dtg. Bagi aku dah ada 3 lagu killer ciptaan manusia (takkan ciptaan tenggiling plak!). apa pun terima kasih dan syukur atas apa yg terjadi…
HARAPAN SEBUAH PERPISAHAN (unpublish song)
pertemuan di kala kerinduan di hati
perpisahan adalah sesuatu yg pasti
tak mungkin taqdir dapat ku gagahi tanpa mu di sisi
dalam mencari erti kehidupan yg diredhai
doa diutus bersama kenangan yg lalu
penawar duka dan sendu kita bersama
bagai sinar rembulan menerangi kesuraman malam
bisa memberikan kedamaian dan ketenangan
kenangan pahit indah ku ini
akan ku simpan untuk selamanya
menjadi pedoman di jiwa
dan ku harap kita tetap bersama
walau pun jauh dipandangan
di hati pasti kan bertakhta
di sana kan terbina sebuah harapan
kota abadi syurga impian rahmat Yg Maha Esa
Lagi… emmm… hmmm… ha! Kawan lama wanita sejak 12 tahun lalu tetiba call aku… sbb aku call dia dahulu tempohari… lamanya dia mengecall… 2.30 jam aku layan. Sampai telinga aku rasa biol. aku mmg appriaciate sgt la. Terima kasih sesangat. Hmm… lamanya berborak panjang utk cerita apa dah jadi pada haluan hidup masing-masing dan sempat bertanya khabar kepada siapa kawan2 yg lain yg masih still contact dgn aku dan dia. Hmm… mmg best sbb masing2 ada pengalaman suka dan… ish, ish, ish… duka. Apa pun this is our stories. Not to share to others bcoz she asked me to promise with her. Mmg best sgt… nnt la mmg aku nak jumpa dia sbb dia mmg dok kat bukit jalil jer… dah kerja sbg accountant kat majlis sukan negara… power! Pernah kerja kat florida US… salute la kawan… NOORUL AMILIN (MILYYN)! Tak sangka milyyn pun ader friendster. So dia add la aku. Dan lagi x sangka walaupun dia dah bertukar skolah ke mrsm pada tingkatan 4… dia tahu pasal crita aku di masa tingkatan 5 (hmm musti siasat ni sbb skolah maher dan rumah dia mmg dekat sgt)… ala yg kisah kontroversi kepimpinan yg melanda zaman aku di masa 1998. kepada yg skolah ahmad maher… tahu la. So to MILYYN… may Allah bless u. Sbg kawan aku tetap doakan agar berjaya. Ameen! Eh Milyyn… busyairi rasa semua yg dulu2… RAMADHAN punya pasal la! Hahahahaha…
Hmm… hari2 yg lagi lama… junior yg amik course HS – namanya JULI nak gi ke JELI (kelantan). So aku bagi pinjam la dg cam buruk sbb mmg aku walaupun dok kelantan… jarang sgt pergi daerah jeli. Dah la ditambah dgn masuk hutan tempat org asli… so itu yg aku bagi pinjam tu (sbb aku mmg suka ada banyak file picute) selain sbb ukhwah sister TIA dan sister JULI mmg ok berpaksikan minat yg kiranya boleh tahan jugak la di dalam muzik. Kawan tolong kawan. Apa pun harap smoga kalian slamat berjaya. Ameen juga seadanya…
Ada cerita sedikit pasal dunia landscape architecture aku. Minggu lepas aaku wak presentation. So aku rasa aku condifent (confident la!). tp still x puas hati sbb beberapa perkara kecil x siap. Ala ini semua sbb pc kesayangan aku yg pernah banyak berjasa dlm membuat graphix2 spt album yg paling besar – SIRAH JUNJUNGAN. Ha… aku guna pc ni la lagie…. pc ini walaupun suatu masa dahulu ia pernah terbiar. Aku tetap x lupakan jasa pc ini. Mmg aku sayang pc ini. Sayangnya lain mcm sket drp sayang kat bini (blom ader calon lg la! Sbb x cakap). Dengannya banyak kenangan pahit telah berlaku, dengannya juga aku belajar erti penipuan tanpa dokumen, pengeksploitasi dlm perjuangan, susah payah meng“edit” gambo2 sapa2 la, dll yg x tertulis… kadang2 rasanya pc ini sebahagian drp episod hidup aku yg utama la plak. Dan ia bukan kenyataan tetapi suatu hakikat.
Aku rasa mmg ada rasa benda yg tertinggal di dalam presentation aku. Spt lupa utk membuat bayangan penjuru segitiga pada site design thesis aku dlm konteks fokus dimensi utama sudut penglihatan pada kedudukan watching2 tower. Tp mmg aku nyatakan pada MODEL SITE board aku. Kira ok la tue. Trima kasih bebanyak semua lecture especially kerna apa yg dicadangkan sbb mmg relevan la apa yg diberi tunjuk ajar, walaupun aku ada pendirian sendiri yg terbina daripada mereka juga.
Aku rasanya akan aku sudahi dengan rasa rindu giler la masakan ibu aku. La ni dok klate bersama ayah dan adik2. rindukan masakan TOM YAM nya. Masakan tom yam nya perisanya lain drp yg lain… skarang slalu makan maggi jer. Sbb x der sapa yg nak blanja. Untuk kini… Maner ade teman, teman hanyalah impian di fikiran, mungkin datang di masa hadapan. terserah la pada suratan. Huhuhuhuhuuhu… muzik yg ku cari perihal khusus pasal ibu, bonda, emak, mother (sama la tue)… aku hanya berjumpa beberapa lagu yg bersama packej lirik yg “jiwa” sahaja yg mberikan jiwa terhadap perasaan kasih yg mendalam kpd insan yg melahirkan kita… ibu. Lagunya adalah MOTHER by SAMI YUSUF, LAGU UNTUK IBU by BROTHERS dan BONDA by M.NASIR.
MOTHER
Blessed is your face, Blessed is your name,
My beloved…
Blessed is your smile, Which makes my soul want to fly,
My beloved…
All the nights, And all the times, That you cared for me
But I never realised it, And now it’s too late,
Forgive me…
Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother… I’m lost without you
You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother… I’m lost without you
Ummahu, ummahu, ya ummi…
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Mother… Mother… O my mother
How I long to see O mother
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka…
Qawlu rasulika, Fi qalbi, fi hulumi, Anti ma’i ya ummi
“Your mother, Your mother, Your mother”
Is the saying of your Prophet, In my heart, in my dreams
You are always with me mother
Ruhti wa taraktini, Ya nura ‘aynayya, Ya unsa layli
You went and left me, O light of my eyes, O comfort of my nights
Ruhti wa taraktini, Man siwaki yahdhununi,
Man siwaki yasturuni, Man siwaki yahrusuni,
‘Afwaki ummi, Samihini…
You went and left me, Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me? Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me
English lyrics: Sami Yusuf & Bara Kherigi, Arabic lyrics: Shaykh Zakariya Siddiqi, composition: Sami Yusuf, © 2005 Awakening
Terima kasih atas doa daripada kalianz. Ameen…