Masa Sayu Menjelma…

LARA

Segunung hiasan cair mengalir
Deras menghala ke laut
Seungu langitku
Di ranjau impian
Menggamitkan gelora

Bila jejari yang berlari-lari
Di sutera selembut bisikan
Semesra irama dakapan asmara
Layarkan pelangi perasaan

Lara di kamar rindu
Haruman mawarku
Lara menyabur jiwa
Dambakan sentuhan
Jejari penawarmu
Yang mujarab
Oh! kasih

ku mula tulis - 26 DZulhijjah 1427 = 16 January 2006… 12.45am

Masa Sayu Menjelma

kini seperi biasa… masih di opis… sbanranya mmg banyak blog yg telah aku tulis tp semuanya x aku publishkan… tak tahu kenapa… may be sbb kepenatan kerja kat glsb… ramai member yg x tahan resign… aku rasa ingin sambung study lg… tp tgk dulu la… mudah=mudahhan aku mendapat rezeki yg lebih baik nnt insyallah…

aku hidup walau di bumi tanah melayu tercinta ini… aku rasa aku ttp seperti kembara anak perantau… sbb duniia aku tetap di pantai timur… d pantai barat @ lembah klang ini aku syukuri jua sbb bjumpa dgn pelbagai wajah2 dan hati2 manusia yg pelbagai… daripada tanaman bebenih yg masih kental di jiva ku sjk dari sekolah menengah lg… aku alhamdulillah masih kiranya terselamat dr kelekaan dan culture shock… walau ada ura2 ke sana… masih aku lg dlm relung jaminan tanpa noda… tp aku sntiasa bdoa agar aku diselamatkan dr noda dunia yg penipu…

hmm… sekolahku… 2008, bakal genapz lah 10 drp tahun 1998 aku telah aku tinggalkan… mungkin ratusan jilid jikalau ia tertulis dlm menuliskan diari dan memori indah di zaman persekolahanz… ringkasznya… aku rindu SMKDAM… maher terus gemilang… smoga ada titik2 dan sesinambungan seterusnya ke arah sambutan reunion batch spm maher’98 (10 tahun)…

spanjang aku kerja di GLSB ini… rasa hidup ini jauh dan panjang kisahnya sama sekali… mana tidaknya… masa aku banyakz di opis… ramai kengkawang apatahz lg kerabatx aku menggiling kepala perihalz ini… jawaban aku… inilah taqdirku dan terpulang pd aku utk aku halakan ke mana tujuan aku… aku lbih berat kpd ingin menghirup haruman dan warna yg lain pula la kotz…

tetapi hala tujuanku mcm x lama di bumi yg penuh dgn kebelitan, kemelut dan ketidakwarasan… aku tlh lama impikan sebuah kehidupan yg mbolehkan aku jadi spt zaman2 kegemilangan jiwa aku yg bcahaya… amat indah sekali… bagai suci putihnya salju… nnt la… selama aku dp bertahan… akan aku gagahi dlm apokalips istiqamah yg memangjang lamanya

hmm… Ku rasa best gakz bila dgr crita drp ani si QS glsb yg geng sebelah kampung aku (aku pauh lima, dia jelawat) yg kisah cinta dia mmg sudah bmula sjk kecil hinnga remaja, dan bertunang dan insyaAllah akan kaween nnt… rasa nak jd mcm kisah hidup dia plak… tp taqdir x sekali menentukan aku hidup sebegitu… mcm sama spt seorg cikgu lamaku d skolah dato ahma dmaher dulu… namanya cikgu suhaiza yg ngajar kimia… hanya mereka yg terpilih shj mdpt kisah indah sebegini

tetapi semua kisah ada keindahan dan hikmah wangiannya yg tersendiri… aku tidak tahu bila dan di mana nnt munculnya haruman itu… yg pasti kerja kat sini tidak sgt skali seimbang dan akan lost sesuatu kehidupan yg lain

apa lagi… hmm… selamat diucapzkan kepada semua sahabat2 yg mulia dan sebaliknya… yg pernah datang dgn keindahan dan pergi dgn kemusnahan bayangan sendiri, yg dtg mewangi dengan kuntuman senyuman dan kekal ukhwah tercipta selamanya…

kalam terakhir untuk akhir zulhijjah ini… aku rindukan impian mimpi melihat dan menatap wajah Muhammad Al-Amin… Rasulullah s.a.w…. moga aku dan mata yg mbaca ini terus menguntum bahagia di hati yg beriman d dunia yg fana dan d akhirat yg abadi… vassalamz…

01:25am

Apalah pasir yg menjadi kaca? Kaca menjadi cangkir…
Apalah tangan yg membentuk cangkir?
Apalah mulut yg meminum air?

Aku nantikan hujan mawar!
Dan tak ingin lagi kehilangan…

Turunlah hujan mawar! Basahkan bumi saharaku
Biar kubermandi seribu warna pelangi
Biar kuhapus rindu pelukan… CINTA MAKNAWI

3 Responses to “Masa Sayu Menjelma…”

  1. Kafibara Says:

    Yi, kawe bersetuju sgt dgn demo, mmg tak semua antara kita mendapat kisah indah dalam perjalanan hidup ini,tapi nak buat mcmana…takdir harus diterima..apa yang mendepan harus dihadap dgn keredhaan…moga kita tabah..

  2. zamzuri Says:

    aku pun sudah lama tak ke MAHER.bkn stakat MAHER,ke KB pun begitu jua.

    dah lama aku tak jumpa ummiku,Pn. Tan Hwee Chee.

    masih ingatkah kau pada gelaran2 spt kerol kicap,wan lembu,mamat londeh,hassan gorgon,r…him robot,r…him speka, dan ramai lagi.

    aku masih ingat pada sebuah astaka di pinggir padang sekolah. di tepi jalan di tepi padang ada beberapa pohon yang aku tak tau namanya. saat paling mengesankan ialah ketika bunga-bunganya yang berwarna kuning gugur berderai-derai lalu menimpa bahu jalan, menjadikan pinggir padang kekuningan.

    semua itu adalah cebisan2 yang melengkapkan perenggan2 hidup kita- zamzuri

  3. Busyairi Says:

    nama pokok tu CASSIA FISTULA… tu pun sbb aku blajo landscape arch… so baru tahu masa masuk uiam… teringat memori di maher…

    kata org… bahasa boleh membawa kpd penghayatan jiwa di dalam sejarah yg indah suatu tika dahulu… dan kau berjaya mbawa aku ke alam silam di maher tercinta

Leave a Reply