raya hajee

January 9th, 2006 by busyairio

Hari ini lain drpd yg lain. Aku buka tingkap jendelaku. Sinar mentari semacam senyum tanda menyinarkan rahmat Allah, kerna hari ini Hari Raya Haji – ‘Aidiladha. Cuaca dingin indah. Dedaun di pohonan cukup “terangkat” hijaunya. Entahlah… mungkin mataku yg silap atau sengaja alam membuatkan dirinya “berseri”. Aku sebenarnya terkenangkan semua… semua, semua dan semualah!

Selepas solat hari raya ‘aidiladha pagi ini, aku menulis untuk kesekian kalinya. Tadi aku bangkit dr tidur, mandi… lantaran bergegas menaiki kereta utk ke masjid. Aku menyapa seorang budak negro muslim, namanya Ali utk menaiki kereta bersama ke majlis solat raya. Matanya merah tanda terkenangkan keluarganya di sana -  di Genue rupanya. Sampai sahaja di masjid, irama syahdu menusuk jiwa semua orang-orang yg beriman utk menghayati semangat perjuangan di dlm mematuhi segala suruhan dan tegahan drp Allah swt dan Nabi Muhammad saw.

Dan juga semangat Nabi Allah Ibrahim as dan puteranya Nabi Ismail as dlm kisah kenabian insan-insan mustafa (yg terpilih) ribuan tahun dahulu. Di masa itu, mungkin tamadun melayu masih belum wujud. Dan aku bersyukur sebesar-besar mahanya kekuasaan Allah rabbul ‘alamin di atas keIslaman tamadun melayu nusantaratetapi sedikit kurang berpuas hati akan geografi dan politik ciptaan musuh sembunyi dan nyata yg sudah lama menyerapi idelogi sesiapa sahaja yg melanda alam melayu kini hingga agama dan adat kita sudah lama kian terhakis. Aku juga terkenang kisah-kisah di dalm temasya kembara perjuangan aku dari aku tiada, ada, lahir ke dunia… dan seterusnya. Semuanya aku serahkan semata-mata kerna Ilahi.

EID SONG

Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

La ilaha illallah
Muhammad rasulallah
La ilaha illallah
Muhammad rasulallah
‘Alayhi salatullah
‘Alayhi salatullah

Children are wearing new clothes
Bright colours fill the streets
Their faces full of laughter
Their pockets full of sweets
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

Mosques are full of worshippers
in rows straight and neat
Their Lord they remember, His name they repeat
Their hands are raised to the sky
They supplicate and plead
On this blessed day
Forgive us they entreat
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

People are giving charity
And helping those in need
In giving they’re competing
Today there is no greed
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

Enemies embracing each other
All hatred is buried
Everyone is celebrating
Greeting everyone they meet
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

lyrics: Bara Kherigi / melody: Persian Folklore / additions: Sami Yusuf / © 2005 Awakening

Inilah kali pertama aku menyambut hari raya hari haji di sini. Bagi masyarakat bukan alam melayu nusantara khususnya negara-negara Islam timur tengah dan negara –negara muslim afrika, mereka lebihkan ‘aidiladha (raya qurban/haji) berbanding dengan ‘aidilfitri (raya puasa)… kerna itulah sebenarnya semangat Islam sejati. Bagi alam melayu di nusantara, mereka sambut raya ‘aidilfitri secara “gila-gila” dan berlebihan. Tetapi itulah yg aku lamuni daripada zaman budak-budak dahulu. Tetapi semangat kebenaran tetap bersama dengan ‘aidiladha. Walaupun aku lebih suka berada di dalam suasana kampung aku di pauh lima, kota bharu, kelantan, tanah melayu… Apa-apa pun raya, di mana sahaja jiwa dan aqidah aku tetap sama dari alam ruh, alam dunia… dan selama-lamanyalah!

Ini cerita aku daripada kelmarin dan minggu-minggu lepas. Semalam aku pergi ke Klang, untuk visit taman botanic klang. Sungguh cantik landscape yg direka di kawasan itu. Ada element residential bergabung dengan waterfront… mmg cantik. Terkejut aku bandar Klang mmg besar. Pasaraya Giant dia lepas besar drpd Giant sec 13 shah alam dan Giant batu caves. Mahgribnya aku berada di rumah sahabat baikku – EPUL (AMRAIN). Epul menjemput aku makan di rumah keluarganya. Aku ucapkan infiniti trima kasih kerna layanan semua terutamanya ibunya yg cukup prihatin. Ditambah dengan masakan ‘aidiladha yg amat “secukup rasa” dan membuatkan sesiapa sahaja akan menambahnya. Very superb!!! Mmg amat mesra… aku belajar akan erti setitik erti kehidupan “berkeluarga yg lain dari sini”, daripada kelurga Epul yg amat superb melayani tetamu… hanya satu sahaja – terima kasih di dalam doaku dimurahkan rezeki kalian. Ameen…

Kenapa aku tidak pulang ke Kelantan?… Pertama sbb aku sudah pulang minggu lepas. Tidak larat la nak pulang sekali lagi. Duit minyak lagi. Aku busykan kerja sekarang… ermmm… Mungkin disebabkan oleh hati yg “masih terasa pedih” peritnya berqurban mencari sesuatu. What everlah! Sukar sgt utk “membunuh” perasaan ini. Mungkin kerna dialah “mustafa”… tetapi tidak ditaqdirkan Ilahi utk bersamanya. Allah hanya gerakkan hatiku dan tidak gerakkan hatinya… Mengapa harus selalu begini ya Ilahi? Aku tahu la ini ujian… Barangkali dialah “mustafa” yg tidak dpt bersatu. Aku yakin akan suratan-Mu Ilahi kerna Engkaulah sebaik-sebaik penetu “zaujatil mustafa”… “paragon” yg ku cari belum bertamu di sisi…

Rasanya dah boring dan habis modal la… Salam ‘AidilAdha dari perantauan tetapi jua di bumi bertuah – tanah melayu. wassalamz

Tulisan Tanpa Tajuk

December 25th, 2005 by busyairio

Mimpi Sang Pendeta

Gunung lara berkabus sepi
Menjadi titi pendeta sakti
Juzuk alam meresapi hati
Mencari mimpi menyatu abadi

Bersila tapa di jejernih air
Berselendang suci menyapah pepasir
Menyalit laduni amarah mengusir
Mencari jiwa rahsia terpinggir

Telapak tangan bertemu paksi
Menyeru jejinjang bertapak sendiri
Menyinar darah diulit kersani
Meludah cahaya panji kemari

3:47 pm, 10 September 2003

Salamz… Akhirnya aku berjumpa juga dengan sebuah tulisan lama aku di sebalik aku menyemak-nyemak susunan fail-fail terdahulu. Rangkap tulisan ini aku tinggalkan di dalam buku tertentu… tidak sempat untuk aku masukkan di dalam bank koleksi puisi aku yg bewarna biru cerah berplastik ini. Lantas ingatan dahulu ketika aku frust di dalam mencari di mana hendak mendapatkan kembali puisi yg bertemakan pencak persilatan tinggi alam melayu yg aku karang sendiri – kerana aku memang lupa akan setiap bait-baitnya kecuali “gunung lara berkabus sepi” jer… “panji kemari”… “kersani mengulit darah merah”… itu la yg mampu aku ingat tanpa tersusun. Sebelum ini mmg aku tulis di dalm web site tertentu namun web site tu terbakar… habis segala apa komentar yg dibuat oleh peminat bahasa sastera dan lirik lagu.

Wokeh… habiz cerita pasal seni & sastera. Hari ini aku dok studio landscape architecture aku – tengah buat mock-up model jer la… sambil kemas2 skit… aku akan jadi biol kalo keadaan x kemas. Pas tu aku tuliskan apa yg ader pada board yg masih kosong untuk inventory & analysis… dan juga systhesis… pasal tajuk aku la… hmm… masa beberapa budak landscape dtg utk buat di studio atau pada pagi presentation – dua pen permenent warna biru dan pensil tekan lesapz… haiyyaaa… nasibz…

Actually… minggu lepas yakni khamis aku baru habis presentation for my topic – proposed water front landscape design at denai, bukit jelutong, shah alam. Alhamdulillah nampaknya aku yakin apa yg aku buat. Masa jalan kat site tu… sakit pinggang sbb kena pusing sepanjang kawasan takungan pertama, merentasi stream river pertama, merentasi stream river kedua dan merintangi kawasan takungan kedua. Letih kapla lutut beb!… tapi mmg puas hati dan berbaloi atas apa yg aku usahakan… Cuma kene kejar masa jer la… tp mmg x 100% siap utk presentationz…

Aku kene present kat mdm nurhayati dan bro zainul… itu pada minggu ke-3… kedua-dua mereka bagi cadangan dan tunjuk ajar agar dpt aku memantapkan lg design dan concept design nnt… trima kasih bebanyak… aku mmg heppy dan rasanya kena upgrade lagi yg maner tertinggal kosong pada board 5th dan 6th… board lain 7th dan 8th… ok jer… kena tambah buat model nanti nih!

Minggu lepas is suatu minggu yg terancang tetapi memenatkan dalam kepuasan – sbb lectures mcm tunjuk lega je apa yg aku buat. Tp x bermakna aku kena buat mcm tu jer… aku anggap ianya satu cabaran untuk aku tekan kelas dan tukar pula gear yg lebih tinggi lagi… agar laju dan terancang lagi segala gerak kerja landscape architecture aku… korang tolong la doakan aku yerks… insyaAllah.

Tu la… kalo aku dok bilik kat kolej sampai mati tak akan siap… mmg hidup dlm course landscape architecture ini mmg kena hidup dlm studio. Studioku rumahku syurgaku… tak la… malam pukul 12.00 aku balik la bilik kat kolej… pagi2 pas subuh datang la studio… aku rasanya mmg banyak lagi la yg kena aku refer kepada aku nyer advisor, lectures dan panel dari luar… kekadang aku rasa menyesal… mmg menyesal pun sbb minggu pertama tika uiam dok sibok busy pasal ipac – alaa… mcm pesta kesenian la… tetiap malam ader show kat dewan besar uiam – cac nanamya… aper lagi sbg org seni yg tak terkenal mmg aku gian nak pergi sana… tetiap malam beb! Hancus kerja landscape aku pd minggu kedua… tp sekarang dh minggu ke empat. Aku dah push aku sendiri… tak nak lagi gila2 nak gi show… dah show ipac tu habis. Tapi kerja still berjalan pada masa tu tapi slow je la… la ni tidak lagi… x tahu la org lain… sbb aku 2 org jer lelaki… aku dan zul… yg lain 20 lebih pompuan… hayya…

Hari jumaat pd malam tu IPIeN 3rd year landscape – aku balik skali dgn dia. Pagi sabtu stil lepak studio… khairul amir dan tarmimi dtg kebetulan terserempak sbb ader biro tatanegara nyer kiursus di kaed. Semalam makan dgn kawan baik aku AMAR kat kubuq. Luper la sapa lg yg hidup dgn aku pd minggu ini… terima kasih semua…

Hari ini hari ahad… hari minggu la di KL… so aku basuh jer la baju2… sambil tunggu mesin basuh berjalan… makan kat kolej siddiq… pas tu… sidai2 pakaian kat bilik… dengar radio. Solat zuhur kat musolla dan terus gi kaed, uiam utk sambung kerja buat mock-up model. Aku ingat aku kena burn la cd2 lagu2 best utk dengar kat radio kat bilik… bosan dibuatnya sbb dok bilik sorang2… member lain pun balik rumah kat n9… ader yg kerja… ada 1 bilik partition kosong… tmpt tu lah aku sidai baju2 yg baru basuh tue…

Rasa2 itu lah sahaja utk kali ini. Doakanlah kejayaan bersama – aku dan kalianz. Doakan aku moga murah rezeki sbb skarang tgh kering RM nih ha… tp boleh la hidup… rezeki lain jugak2 spt… what ever Allah wanna give to me… i alwiz redha… itu yg aku pelajari di dalam temasya kembara perjuangan yg lepas… yg lepas itu adalah daripada dahulu dan sesaat yg lalu… syukur seadanya… aku tenang dan hepi lo nih! Hidup diteruskan bersama iringan doa dan harapan dari diri sendiri dan juga kalianz… Ameen.

Sesuatu Yg Tangkap Lentok & Sesuatu Yg Tak Terbalas

December 12th, 2005 by busyairio

Di sini aku mulakan yg terkemudian yakni sesuatu yg tak terbalas. Apa itu? Barangkali ianya SMS daripada kengkawan… sbb skarang aku berada di dalam tempoh “berjimat cermat”. Maklum la sbb dah berhenti kerja utk sambung study di final sem di uiam. So credit tepon aku x top-up. Dan juga barangkali msg e-mail drp main yahoo, hotmail, dan friendster… banyak sangat… puratanya 10 sehari. Mmg x terbalas dan trima kasih pd semua yg msg pada aku. Hmmm… dewasa ini baru nak msg… masa aku kerja dulu yakni sem 3 & sem 1 lepas tak nak… bertuah betul aku! Bertuah dlm blur jer la

Wokeh… 2 hari lepas aku busy dgn ACNI 2005 (Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005). Tahniah kpd semua yg menjayakannya. Dan semua yg berjaya… aku masa realhearsal sehari sblm itu aku tengok2 kat dewan MBSA. Aku jaga sound kat monitor dan pastikan agar kengkawan lama nyer berjalan dgn lancar. Mereka itu IN-TEAM dan AL-MASAAR sbg backup… alhamdulillah ok la aku rasanya… aku dtg pd mlm tu dtg dgn AMAR. Ramai datang pd masa itu. Ada kawan-kawan yg ceria, manusia2 pejuang, kawan-kawan yg serius, insan-insan seni dan ada juga “orang-orang palsu” yg bila bersalam dan terus blah!

Ini cerita minggu uiam yg lepas… my topic yg telah dipersetujui adalah PROPOSED WATER FRONT DESIGN AT DENAI, BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM. Topic yg 2 mingggu lepaz telah diolah supaya menjadi lebih elokz. Aku syukurz jer. Sbb mmg kena serius giler dlm buat setiap tugasanz agar mengikut jadualz. Doakanlah ya kawan2 semua yer.

Ini ha. Minggu lepas 2 adik lelaki aku dah bersunat kat kelantan. Aku x sempat balik sbb kerja dan study. Maaflah yer 2 budak awalan remaja – adik aku la. Tp aku tepon la mak aku tanya khabar mcm mano derang. Aper la gi kat klinik yg buat operation bersunat yg guna jahit yg kena buang!!! Pasti sakit sbb dlm masa 4-7 hari mmg kena buang jahit tue. Bezanya la dgn tangan aku yg luka Mei lepas mmg kena jahit yg kena bukak! Tangan x per sbb kulit dia x mcm kulit pada organ lelaki itu. Kalo kena buang jahit kat tangan Mei dahulu mmg x rasa apa sbb texture kulit kat telapak tgn mmg lain. Ini organ tu… wakakwakakakakaa…

Hmm… kesian, aku tepon mak aku… derang nangis sbb sakit masa jahit tu dicabut sbb ia melekat sesangat kat kulit. AUUUUUUUWWWWW!!!!!!!! ARGGGHHHHHHH!!! Aku dahulu jahitan masa bersunat masa budak dahulu yg mmg ayah dan tok aku gi tempat klinik kat KB yg jahitnya boleh tanggal sendiri. So aku x der aper2 la sgt. Alhamdulillah… tu la sbb x gi kat klinik yg special. Sbb 2 org adik aku kena silap tempat kot. Ingat ker kat pekan binjai itu dah ada teknologi jahit tanggal sendiri rupa2nya masih kolot! Derang kena dgn zaman 1970-an dan awal 1980-an nyer bersunat nyer teknologi jahit yg kena cabut buang… wal hal ini sudah tahun 2005. aku rasa lain kali bila nak bersunat kat anak2 nanti kena tanya mcm mano dia nyer jahit. Kalo jahit buang tu… just say bye2 to the ancient klinik. Just pengalaman utk dikongsi bersama.

Begitu juga mak aku cerita di masa dia lahirkan aku dahulu… juga kena jahit yg kena buang jahit. Masa itu zaman awal 1980an. Ibuku cakap sakitnya x tertahan… Aku tahan jer air mata.. bila mak aku critakan. Pas tu adik2 kedua dan seterusnya mmg dijahit yg jahitannya mmg tanggal sendiri. Yg adik kedua pun jauh beza. Aku tahun 1981. my sister 1986… Aku x leh critakan pasal sengasara seorang ibu melahirkan anak… mmg x leh. Aku hanya boleh ceritakan dgn ditulis bertintakan oleh air mata… sorry. Tears of crying. I’m in feeling now…

RESTU

setitis kasih sayang ibuku tiada ternilai
secebis pengorbanan ayahku tiada terbalas
mengasuh mendidikku menjadi insan yang berjaya
terima kasih ibu, ayah kerana membawaku ke dunia

kukucup tangan ibu, ayah tanda kumemohon restu
ampuni jua dosa-dosa anakmu andai tersilap laku
doakanlah hidup anakmu ini agar berjaya
sempurna sejahtera menempuhi hari yang bakal menjelma

coros:
restu ibu dan ayah
cahaya kehidupan
cinta dan kasih sayang
bersemi di taman hati

restu ibu dan ayah
azimat perjuangan
mencari impian cinta
keluarga bahagia

segenggam harapan anakmu melangit tingginya
seuntai kalimah doa ibu ayah diperkenankan Ilahi
kupohonkan restu, redhamu duhai permata hati
damailah bahagia sinar suci di taman indah syurgawi

bridge:
oh ibu, ayah dengarlah rintihan anakmu
anakmu mendamba restu dan kasih sayangmu
redha Allah itu terletak di atas keredhaan ibu ayah
restu ibu dan ayah membawa cahaya kedamaian yang abadi

Alhamdulillah… ini adalah lirik pertama lagu di dlm album terbaru gabungan SAUJANA vs NOWSEEHEART bertajuk dlm album tu lirik dia adalah yg kedua. So lain la skit drp yg di atas tadi. JALAN SEHALA. Jgn x beli lagu ini mmg best tau! Mcm album gabungan V.E. vs RUFFEDGE la dulu yg popular dgn lagu “khayalan”. Lagu RESTU yg lirik aku buat, karang dlm album tersebut ditukar mengikut kesuaian konsep saujana barangkali dan aku ok jer la kot… sbb baru memula kini. Tapi aku rasa dan berpendapat lirik asal ini adalah lebih menjuruskan kpd unsur dunia Melayu-Islam ditambah lg andai ianya digubah mengikut adunan sususan muzik Melayu kontemporari. Kira aku berangan tp x kesampaian la utk menjadikan lagu RESTU ini kalau boleh ianya ada jiwa hingga sampai ketahap sepertimana lagu dendangan M.NASIR berjudul BONDA.

To Pyan Saujana. Terima kasih atas peluang emas ini. May Allah bless u. Suatu hari nanti lagu ini akan aku susun sendiri muziknya utk menjadikan ianya satu fantasi di dalam alam penerokaan ilmu muzik aku. Lagu ini mempunyai jiwa tersendiri dan mungkin Pyan Saujana sbg penerbit melakari arah tuju tersendiri utk lagu restu ini bersesuaian dgn konsep kump saujana. Tp aku ada juga imaginasi utk lagu ini. Imaginasi intro lagu ini bermula dgn gambus… dan seterusnya… dinyanyikan duet oleh aku dan budak dlm batch studio landscape aku dahulu yg telah grade. aku inginkan setiap tune dan bunyi dlm muzik lg ini nanti ada unsur jiwa. Baik dr gambus, gendang, bass, chord guitar, string viola, dll, semua bersatu lalu terjadi suata rasa tertentu yg membawa fantasi menuju restu dan redha Pencipta Cinta terhadap tahap intelektual muzik yg dikurniakanNYA. Alaaah… mano korang faham sbb cakap jer… tp aku mmg bercita-cita utk reproduce lagu ini. Pyan, lagu ini mmg berhantu dlm imaginasi aku. Tetapi “hantu”nya lagu ini mengikut fantasi jiwa akulah. Andai ada percaturan dan taqdir Ilahi utk aku gubah lagu ini kembali… dan syukur Allah atas sahabat bernama Suffian Amrin a.k.a Pyan (Saujana).

Tadi sorang lagi kawan baik aku baru rakamkan demo kat pc aku… aku dgn dia mmg dah lama kawan baik sejak matrix uiam. dia dtg dgn gitar akustix utk petik chord utk lagu2 dia. 2 lagu dia berjudul “Takut Bencana Datang” dan “Zaujati” (Isteriku). Namanya sudah aku tulis di atas di dlm perenggan Anugerah Industri Nasyid IKIM.fm 2005. dia dtg bersama aku pd mlm anugerah itu. Mmg puas hati bekerjasama dgn dia. Puas sesangat… Lagi pun 2 lagu itu mmg aku suka sbb 1 lagu tu mmg killer – lagu ZAUJATI. Ianya teramat istimewa bagi mereka yg telah beristeri dan bakal beristeri. Hhuhuhuhuhuuuu… tunggu nntlah kehadiran lagu nnt di pasaran nnt. Lama lagi rasanya… lagu ini intronya semacam lagu SEROJA… pas tu tu jadi balada Melayu. Kita tunggulah nnt versi yg siap sepenuhnya. Tp aku rasa dan ramal lagu ini akan menjadi lagu seperti lagu evergreen dendangan kopratasa – rasanya bertajuk “permata buat isteriku”. Dan ia barangkali akan dikenang zaman berzaman dan akan dirakamkan & dinyanyikan kembali oleh penyanyi 5, 10, 20 tahun nanti. Itu hanya ramalan aku sahaja. Bukan cakap besar tetapi hanya sekadar menyiakan perasan melalui naluri ke atas jiwa muzik dan lagu. Dialah kawan aku yg berbakat Ariff Muazim Abdul Rahman a.k.a AMAR.

Ada lagi kawan2 seperjuangan aku yg akan aku tulis kisah mereka. Tak kira dlm nasyid ker, rock ker @ lain2 genre la… Buat semua – just wait dan alwiz smile with doa togother! Ameen

Sikit, sikit lagi… pasal chenta… cinta. Semuanya dikenang sepanjang zaman. Didoakan moga semua berbahagia bersama kebahagian masing2. kerna aku juga ada juga kebahagiaan aku yg tersendiri.

Itulah aku… Muhammad Busyairi Ahmad. Bakal landscape architect yg mempunyai moto SENI + SAINS + SASTERA = JALAN YANG ESA. Doakanlah kejayaan bersama. AKU NAK JADI LANDSCAPE ARCHITECT LA!!!! Yg lain2 bidang tu sbg kepuasan hati yg terutama dan serius… landscape architect adalah suatu pengajian yg tidak terbalas andai aku melencong ke bidang lain. Itulah “Sesuatu Yg Tangkap Lentok & Sesuatu Yg Tak Terbalas” dlm diari warqah bisu aku kali ini. - 2005.12.13, 02.03 am | Selasa.

Dilahirkan Untuk Landscape Architecture?

November 25th, 2005 by busyairio

Berkobar-Kobar

bila mana di dalam jiwaku berkobar
perasaanku mula menjadi gementar
kankuharungi tanpa rasa gentar
kerna perasaanku ini hanyalah sebentar

bila mana…berkobar-kobar
di dada…berkobar-kobar

ku atur langkah semangat penuh sabar
walau di dalam nadi darah hangat membakar
daku buka langkah dgn jiwa yang besar
kuhayati semangat yang berkobar

taalaa… mari… mari…
taalaa… tuju kejayaan

kita mendaki dan menjejak mimpi
apa yg menanti tak siapa ketahui
namun yg pasti mampu kita takluki
bila di hati semangat berkobar-kobar

*taala: mari… | Vince feat. Yasin

Salamz… olaaaa… hai… hoi… wei… tetapi yg teramat mulia lafazkan - assalamu’alaikum warahmatullahi wabaratuh. Syukurz semalam yakni jumaat 25 november 2005 aku sudah siapkan presentation utk topic for my design thesis of landscape architecture.

Syukur bebanyak sbb board of lecture banyak bagi idea. Kadang terasa kurang sbb landscape arch ni aku sayang tetapi aku lama tinggalkan dan x sentuh sejak 7 bulan lalu walaupun slalu aku baca buku dan megazine landscape arch. Tetapi aku x practice jer… tp sbb sebahagian drp jiva aku ni mmg berjivakan landscape architecture, mesti ada kemahuan yg memuncak utk capai impianz. Mungkin sbb berkat doa drp semua mcm ada sesuatu aura dlm diri – tetiba ada semangat yg berkobar-kobar yg mcm hangat panas utk concentrate giler2 dlm finalk design thesis ni. Hanya tuhan yg tahu betapa semangatnya. Semua lecture bagi support kat aku. Tq & i love u ol.

Aku sebenarnya tengah buat burn cd2 utk bagi kat member2 dan check serta baca my testimonial dlm friendster. Ader testi yg x describe pasal aku aku delete je. Sorry la sbb ia x kena dgn pendirian aku. Yg best nyer testimonial aku yg mula2 la sbb semua member2 lama hanto dan describe pasal aku. TQ skali lagi.

Sugitha, Tuesday, April 13, 2004: bushyairie ni…one of the best leaders that i have met…a person good at heart…very responsible also…die ni very artistic, one of the best penulis khat…hope to meet you one of these days..my friend

Noor, Sunday, August 29, 2004: huhu..my senior at maher..tak bleh nak komen banyak-banyak..sebab bukan kenal rapat pun..jauh skalih penah bersembang..walaupun abe bush nih tak kenal kiter,tapi of course lar suma orang kenal abe bush sebab die glamer (kecik-kecik lagih dah popularr)..sempat arr dengar tazkirah abe bush maser maghrib kat surau dulu sebab penah dok asrama kejap gak..paling tak leh lupa pasal abe nih,dier nih dulu terer silat..pastu ader skalih tuh silat atas stage..puyyo..bunga-bunga silat dier..siap buleh terbang-terbang lagi..ish..

azahar, Wednesday, June 02, 2004: allow bu!..hoh lamo aku tok jumpo ngey mu..rindu laa ngey abe2 senior kito..apow la bu toksey jadi pemimpin doh? sekak budok2 ni ngenat dlu ko? hehe..eh betul ko umo mung 26 nie? nipu laa..tokkey jauh sgt beza..bu adow myspace just add me :oceanavigator@hotmail.com gud luck in u’re future!arigato ghozaimaste’…

FiZa FaRis, Wednesday, June 23, 2004: assalamualaikum..abe bu is one of the ajk asrama yang penah conteng muk za  masa orientasi gara-gara xdpt cukup singnature…but,it gives me sweet memories.(saper suruh x siap!!!!)pasal izrail tu, mmg ia byk bagi kesedaran.malangnya, nobody do it again to the next junior. rugitau.actually, abe bu ni baik n leh jadi tmpat rujuk if u have problem pasal agama.so, abe bu…smile n up ur good attitude.wasslam

DigaZzet, Sunday, June 06, 2004: A’KUM…adaka aku sorg saja junior si Busyairio aka ‘abe bu?’ dari planet Maher?hehehe…knal dia masa kat skool lagi..hahaha..mase dia jadi senior kitorg bacth 98-02 tu kan…fuh sayu pilu mase dia pulun kitorg abeh2 tuk orientasi.. siap wat ‘Bila Izrail..dtg memanggil… jasad terbujur di  perbaringan…"fuyoo.. mmg terangkat abehla bulu roma..ada yg nangis2 lagi… tapi satu yg aku suka psl abe bu ni ialah…bila dia baca Yassin n selawat beramai2 dlm masjid..aku jadi  maher baca yassin psl dia slalu dok baca yassin mlm jumaat kat skool dulu..maybe dia tak knal aku tapi..dia mmg famous kat maher sbg tok lebai…hhehehe..hrp2 tak marah!!nice to know u as mysenior..arigator ghozaimas..

Tetiba terkenangkan zaman2 persekolahan di mana aku ni dahulu punyai ciri2 kepimpinan @ leadership yg dirasai semua leh dikatakan tahap tinggi la jugak. Itu penilaian kebanyakan org la… tapi yg betul – Allah only knows. Di mana hilangnya seri leadership aku ini yg dahulunya agung? Jawabannya aku x tahu sbb mungkin Allah telah aturkan aku berada di dalam keadaan yg ramainya org x kenal aku yd aku semakin surut-surut dan lama-kelamaan aura leadership aku hilang ditelan keadaan dan zaman. Itulah sebahagian drp tema yg slalu aku katakan – temasya kembara perjuangan. Mcm redha jer tetapi hanyalah mengenangkan zaman dahulunya. Janji aku terus dicintai Ilahi dan aku ke mana saja… wassini… eh! Tak ler… world!… tak jugak… TAWHEED! Yes betulz!

aku masih dpt merasai semangat2 lama dan ia masih hangat membakar lah dlm jiva ini. maner leh hilang cuma ia terpendam di dalam hati jer. ia hadir membakar disebabkan dlm dlm jiva kini tgh aktif bergelodak utk apa aku tak tahu. tiba2 ia senyap dan sunyi sekejap dan… aku serahkanlah kpd Sang Pencipta Cinta utk segala perancangannya. kerna kita hambaNYA.

Berbalikz kpd topic landscape arch – aku dapat topic “WATER FRONT DESIGN FOR COMMERCIAL AREA AT DENAI, BULIT JELUTONG”. Advisor aku Mdm. Nurhayati. InsyaAllah aku akan melaksanakannya dengan tekun. Ingat sesiapa sahaja boleh memberikan semangat tetapi ianya perlu dtg drp diri sendiri kerna kita yg akan menghadapinya. Aku perlu aku dan hanya mampu berserah utk zaman2ku di masa hadapan utk dunia landscape arh aku. Tetapi aku mesti berusaha dgn sekeras2nya utk mencapai impian yg hakiki - Allah redha dan masuk syurga melalui batas2 dan kurnia2 drp NYA.

Barangkali aku mmg dilahirkan bukannya utk landscape arch semata-mata. Aku pernah berjumpa dgn beberapa insan yg mmg dilahirkan utk landsape arch yakni (hanya menyebut beberapa nama) – bro mahadi, bro jasa, mdm yati, bro ramzi (bakal prof hihii), kamarul ariffin (2nd batch), zul (4th batch), aiman (5th batch)… tengok muka derang pun tahu. Aku mcm maner? Aku rasanya dilahirkan utk seni seperti graphix, muzik dan landscape arch. Tu yg utamanya lah kot. Seni2 yg lain aku jalan la jugakz. Tidak lupa juga sastera dan sainsz.

Ah! Baru aku teringat akan maksud perngertian nama aku. BUSYAIRI – means: hanyalah berita gembira yg kecil. Dah taqdir aku dinama spt tu. Tp aku mmg suka dan love nama ini sbb istimewa sgt sbb jarang insan bernama spt aku. Kecuali sorang member yg aku belum kenali lg kat Indonesia. Sbb itu aku tambah BusyairiO dlm kekadang maner2 spt email yahoo aku sbb Busyairi dah dia amik. Tak pe la. Ttapi aku tetap Busyairi dan bukannya BusyairiO. Sbb tu zaman sekarang aku ni hanya membawa “berita gembira” yg biasa2 jer. Sbb zaman masa sekolah dahulu adalah zaman2 aku “yang kecil” sahaja. Tetapi aku dulu dikenang sbg “besar”… tetapi apa erti “besar” zaman2 dahulu kerana zaman sekarang ini adalah zaman yg “lebih besar”. Tetapi aku biasa jer zaman ini aku hanyalah “kecil” – berita gembira yg kecil. Benarlah nama itu terkandung rahsia2 tertentu. Aku redha! Sbb aku rasa cukuplah aku hanya menyampaikan berita gembira yg kecil jer la. Bagi aku ia tetap berharga…

Biasalah kalau dah panjang sgt aku jadi pening! Tak tahu mano hala. Sbb dok dengar cd kot. Sbb kalo dengar cd muzik. Otak aku tertatik kpd muzik. Tertarik yg amat sgt hingga kekadang x leh wat kerja lain. Aku akan buat design thesis ini dengan bersungguh. Doakanlah kejayaan aku yer hai kawan2. Nescaya, aku doakan kejayaan kalian. Ok. Wassalamz…

"Hidup ini bukanlah sutu jalanan datar yang ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata. Air mata itu adalah semangat perjuangan yang berkobar-kobar"

Aku dan Entah

November 16th, 2005 by busyairio

salamz… 2 hari lepas aku kiranya bcuti dr kerja utk sambung study yg sem 2 nnt memerlukan tumpuan masa yg amat iri hati utk melakukan sebarang kerja2 yg lain. kata org kelantan - "oak la siket deh… dok lamo 3 bule jah… pas tu leh la keje utk teruske perjuangne hidup". tp mmg sayang dan best sbb bos aku yakni USTZ WM ZUKHRI mmg sporting dan "entah". entah itu kesederhanaan dan be cooll serta "pray hard work smart"… tempat kerja yg tetap akan dikenang forever… spt kat guthrie landscaping dahulu la… boss dulu nama HJ ABDUL RAHIM dan MR SAIFUL…

very shukur to Almightly Allah… the creator of love. tq to MR AZIZ AL:MASAAR atas kepanggilan penyatuan kembali rakan2 seperjuangan utk berada di bawah satu bumbung utk meneruskan perjuangan yg dulunya kami tersilap memilih insan yg kononnya inginkan sesuatu yg dpt mencipta fonomena terntetu. tetapi jauh panggang dr api. mereka hanya sekadar "orang-orang palsu" di dalam perjuangan.

nnt selepas kepergian aku utk seketika dlm meneruskan study di final sem di uiam… maka akan berbondong-bondonglah (insyaAllah) rakan2 seperjuangan yg lama dahulu pernah masuk ke sini utk mencari erti "sebuah erti yg lain". mereka seperti FAWZI MTEC dan JEBAT AE-ONE dll.

insyaAllah selagi rembulan yg indah membiaskan cahaya mentari… hati kita org semua masih solo… hahahahahahahahaha itulah erti "entah" yg hanya aku jer faham… ker buat2 x faham atau mmg x faham la kot… roller koster…

apa pun aku kena serius sekarang sbb memikirkan masa hadapan. soal kerja…. duit dr sumber yg maner… soal erm erm… (mcm lambat jer dpt "tu")… dalam doa & berusaha sekali pun aku kena la berserah kpd Yg Maha Esa. Yg penting aku kena hadapi hidup ini agar ianya seimbang dunya & akhirat. biarlah dunia susah sket dan perit tp akhirat gemilang. akhirat yg nak dpt gemilang tu yg susah kalo x der… … … itu aku punya cara dan perjalananan tersendiri mengikut rentak dlm temasya kembara perjuangan yg aku lalui.

so aku sambung la ni utk pergi ke rak buku kat library utk cari bahanz2 utk my topic of my DESIGN THESIS, LANSCAPE ARCHITECTURE… kawan2 semua… doakan kejayaan aku… terima kasih.

Balik KB - beRAYA - Balik KL

November 9th, 2005 by busyairio

Ditulis pada hari raya yg ketiga, 3 syawal 1426 bersamaan 5 November 2005. pada waktu 14:28 petang. Sekadar menyatakan apa yg aku rasa.

2005.10.30 (Ahad)


Aku bersahur kat kedai tom yam kat rumah jer. Pukul 4.45 pg. S Kampungku namanya pauh lima, kota bharu. Dengan lafaz bismillah aku berangkat selepas kereta aku difinal checked. aku sms la kpd member2 yg “kenal” aku. Trima kasih atas doa bersama utk keselamatan di jalan raya dan di mana-mana. Lupa… aku balik sorang jer. Tak boring sbb kdg2 best gak balik sorang2 sbb boleh pasang kuat2 radio dan
muzik. Sbb itulah senjata bagi aku tak ngantux! Hakikatnya mmg boring nun dipelusuk sana.

Uiam mmg dekat sejengkal dgn laluan ke lebuh raya pantai timur. So aku keluar la dan terus masuk high-way. Tol RM 4. Cantik sungguh pemandangan bukit-bukau ciptaan-Nya. Aku kira dari jam 7:15 pagi aku masuk highway. Alhamdulillah sampai kat raub, pahang kalo tak silapz… jem gilo… sbb pekannya kiri kanan ader jual-jualan. Tersangkut kat situ daripada pukul 9.10 am – 10.20 am. Polis dgn bagusnya mengawal jalan raya. Di kuala lipis, pahang. Kira-kira pukul 11.00 am, Aku masuk bandar kecil ini utk isi minyak. Panasnya dua tangan aku yg pegang stereng kereta sbb cahaya matahari yang terik sekarang. Aku sensitif sket kalo bab skin nih!

Aku sampai di Gua musang pukul 1.15 pm. Ayah yg buat over time di gua musang called utk jumpa. Jumpa utk bagi hanto kat KB tong drum berisi cat putih (nak cat rumah), daging, dll makanan mentahz. Aisee… sampai senget kereta bila masuk tong cat. dll barang yg dikirimz… Panjang la plak tulis… Alhamdulillah aku sampai la di KB dan terus di kampung pauh lima aku utk. sampainya aku pada pukul 4 ptg. bukak pose bsama. malam tido jer.


2005.10.31 (Isnin) - 2005.11.01 (Selasa) - 2005.11.02 (Rabu)

Setiap hari hampir sama sahaja. pagi bercucuk tanam di halaman rumah. cheeeevaaaaah!!!! x ler. bersihkan jer semak samunz di halaman rumah dan mengecatz rumahz. tengah hari gi pusing2 kb mall dan dll tempat di kb. akhirnya di bazar buluh kubu aku terbukak hati juga untuk membeli baju raya. baju batik. warnanya hitam kuning. fesyen urban batik terkini rasanya. balik rumah bebuka basama famili. cuma akhir last hari terakhir puasa sblm raya tu meriahz sket. sbb ruih semua keluarga aku berbuka puasa di rumahz aku. +30 org. semua kebanyakan budak2 kecik. semua spupu aku di sebelah mak. kira aku ni spupu yg paling tua la. apo2 la. ola… la la la…

blom siap tuliz lagi ma… panjang maaa… olaaaa…

Minggu Yang Lama

October 29th, 2005 by busyairio

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

dituliz pada jam 15:54, sabtu sebelum balik beraya di kg pauh lima, kb, kelantan. hairan minggu ini aku rasa panjang giler… x tahu kenapa leh jadi mcm ni.

selasa 25/10/2005 ..


aku bangun pagi. arghhh! ya Allah aku pening. kepala terasa berat sgt. x mampu pergi ke opis tempat kerja. aku sms pada bos aku ust zukhri, dan kawan2 sekerja. duduk rumah jer la… bukak computer pun x sudi. rehat. dapat mc bila g klinik. sakit ditentukan utk koleksi diri barangkali.

rabu 26/10/2005

alhamdulillah. bertambah baik dan leh gi kerja. ari ini kerja concentrate semacam jer. buat logo, banner, bunting nyer disgn utk client. aku kerja slalu balik lambat sbb x guna jugak balik awal kena tunggu berbuka. kalo balik pukul 6.25++ leh jer… sampai depan rumah terus dengar azan dan makan. tapi ini punyer hari lain mcm sket… jem giler kat round about dan bulatan bertingkat kat batu caves!!! mak dan ayah gi perak amik adik no2 pompuan. 2 org adik llaki kat rumah tunggu aku yg tak balik2 lg sbb jem


masa jem siap sms member dan leh siap call la sasaper yg nak call… kawan. tension jugak dibuatnya. nasib baik hari amat redup dan kesejukan itu menjadikan tenang damai. masa nak sampai rumah tu. aku sempatz beli lauk pauk utk makan bersama 3 budak lelaki.
malam tu. biasa la dok kat dlm bilik. boring2 aku turun bawah tengok tv. pas tu naik atas. mak ayah dan adik pompuan dah sampai. bertuahnyer adik pompuan aku ni. dia dpt note book computer dr ayah. aisee jelousnyer. dah ler dia bukannyer reti sgt computer2 nih. taip misrosoft word pun tekan satu2 key words kat keyboardz. ssbb ayah beli dan bagi sbb kat uitm arau perlis susah nak dpt guna computer kot. senang sket dia nak wat assignmnet…


tido x tahu pukul berapa. tapi sepanjang minggu ini aku slalu tido lewat. dah mmg baring kat pembaringan. tp mata tak jugak mau lelap! mcm2 benda dan apa2 yg difikir. perang sana sini la, muzik halus la, graphix la, cinta la, masa hadapan la, landscape arch la, dan tak tahu apoer2 lagi yg aku fikir… rasanya aku tido hampir dgn waktu sahur la. pas tu jam loceng kejutkan aku. wei aku baru tido 2 minit. kan dah nak sahur pukul 5.20am… aper la aku ni minggu ni..


khamis 26/10/2005


khamis pun sama gi kerja. design banner dan bunting sudah siap printing dan di bawa pulang opis. cepatkan? mlm jalan2 kat uiam. buka poser dgn kawan skolah lama. ingat ker dia sorang yg dtg. rupernyer 4 lg membernya. penuh kereta. x leh nak bercerita aper2 pasal skarang ni. x per. lh pun leh kenal member2 dia. so terpaksa la aku bawah naik balik pc computer yg siap dibaiki oleh husni haris
yg leh aku katan sgt2 percaya atas kepakaran yg dia ader sbb dia dan abg dia muhammad haris mmg leh baiki… bukan stakat leh baik… aper2 la pasal dunia pc ni! terpaksa la aku angkat naik balik kat pis sbb blakang nyer tempat duduku member sklah lama nak duduk.


x per la… makan kat seri gombak jer. aku makan telur bistick dan sup daging jer. solat kat masjid dekat situ. pas tu member nak gi care fore. so aku suruh dia drop aku kat opis ler. janji hanto balik kereta sblm kul 9.45mlm. wei rameden (nama kwn skolah dia)! mung ni… isi minyak yerks! pukul 11.30 baru hanto kereta. boring giler tunggu! kat opis mlm mmg la boring sbb kerja dah mmg x leh sbb otak dah tepu. ape pun kira aku ok jer. sampai kreta dpn opis aku angkut pc, flat screen dan barang2 yg lain ke dlm krete. hanto dia kat uiam lagi. 2 kerja plak! aisee. tak per. sama2 fahamz. pas tu baru patah balik ke rumah d selayang. sampai rumah pukul 12.30 mlm. mcm biasa x leh tido… sampai sahur.


jumaat 28/10/2005


adik nak kereta. sibook! eekkekeke. ok la bagi la. nak gi shopping dgn mak la nie. so masa kerja bila nak gi jummat kena tumpang la ust zukhri. solat d masjid seri gombak. best. tenang giler.
sbb ARCHITECTURE dan interior design masjid tu mmg mmbuatkan aku felling. mabuk khusyuk la dgn suasana yg direka.


ptg tu adik pompuan hanto kereta. bagus! rupa2nya semua dah nak balik kg. huuhuhuhu… mak ayah dan semua adik dah naik kereta masing2 utk balik ke kelantan. arghhhhhhh!!! tp masa hanto kereta aku tu semua berbuka posa sekali (kecuali adik pompuan tingkatan 4 sbb dak sampai kelantan dr mrsm muazzam syah) kat restoran dekat opis aku. RM 12 sekepala. ingat ker free heh!
so, tinggal lah aku sorang kat KL ni… boring giler! aku x leh dok rumah. gi la jalan2. singgah uiam pd pukul 4.30 am utk bersahur. pas tu on da way kat batu caves. sakit perut la masa driving. so singgah opis la untuk…….. >>>> subuh terus opis. pas tu balik. bos ku ust zukhri pun dtg gak masa subuh tu. aku x lama kat opis


sabtu 29/10/2005


subuh terus opis. pas tu balik. bos ku ust zukhri pun dtg gak masa subuh tu. aku x lama kat opis sbb ngantok. balik rumah tido ler. bangun pukul 1.30 tgh hari. check kereta tayar, air enjin ba bla bla…. dtg opis pukul 3.55pm. pas tu dtg opis utk sambung kerja client - nama PERNEC. buat buku malajah diorang! best jugak sbb semua bahan dah ader. alhamdulillah la.


td baru dpt sms dr lecture landscape architecture. aper dia? ooo nak suruh gi uiam utk amik briefing 4 final design thesis. insyaAllah aku pas raya masuk balik uiam scr penuh. aku dah prepare utk buat topis utk final design thesis aku namanya -
LANDSCPE FOR LUXURY PARK. betul ker eje? maksudnya "landskap utk taman-taman kemewahan". aku ni kalo translate bunyinya semacam sket. maklum la aku ni…. ok continue.

doakan aku sbb esok pas subuh aku balik kampung di pauh 5 KB kelantan rasanya. bawak balik semua brg2. hai! barang2 utk raya x beli lg. entah la… aidilfitri ni… minggu ini sangat lama aku rasakan. TAWHEED!

Rintihan Cinta Quddus

October 27th, 2005 by busyairio

ni mmg ori nyer drp aku td dah adjust sket tadi. nak adjust pun kena mentalaah dulu. dah buat masa tahun 2002 dulu. seingat aku masa buat ni aku kat dlm bilik studio landscap architecture aku. dia kaed uiam. demonya deklamatornya ada aku rakam pd tahun 2002. sound buruk. tp skali org dengar muzik dan suaranya mmg leh nangis. pernah aku tayangkan di dlm sesuatu majlis dlm bentuk mcm flsh la kat auditorium besar uiam. aku lihat ramai jugak yg kesat air mata. aper hal? masyuk sgt ke? tu la org kata… bila dr hati  kita buat. kita suarakan dgn mulut pun hati. org dengar pun masuk ke hati siap nangis lg… aper2. so nak rakam skali lagi yg version lg "menusuk"…

Semalam… hatiku bertandang ke hadrat-Mu
Menggapai dan mencari sebuah percintaan Quddus
Cinta antara hamba dan Pencipta

Terasa bayangan wajjahku… terukir kesenian
Di persada pelangi sutra hidayah

Bila kusujud berteleku di sisi-Mu
Menagih syahdu sesuci titisan munajat
Rintihan selaut alam samudra kesyukuran…
Agar jivaku diselubungi sebuah erti ketenangan

Wahai Kekasih Yang Maha Quddus!
Semakin dalam sujudku bermalai…
Terasa cintaku pada-Mu semakin mendalam
Semakin terbuka lohong suci menepis penghijaban

Moga permata kasihku bersemi selamanya!
Sesungguhnya aku amat rindukan…
Sebuah kisah kehidupanku semalam!

Di dalam penilikan munajat istikharahku
Kau pertemukanlah daku dengan sebuah cinta suci
Antara aku dan dia… yang jua taat pada-Mu

Moga dia boleh mengembalikan
Sebuah sinar kehidupan diriku yang sebenarnya

Kekal bersatu menuju penghujung abadi
Aku sesungguhnya merindui kasih sayang-Mu Rabbi…
Dan aku kerinduan di dalam menunggumu duhai kekasih…

Hai Pencipta Cinta!
Sahutilah doa puisi cintaku
Rintihan Cinta Quddus…

khazanah puisi Ahmad Busyairi Mac 2002

Orang-Orang Palsu

October 27th, 2005 by busyairio

assalamu’alaikum. olaaaaaa… ooo no no. yg ni x der kaitan dgn cinta manusia. ia berkaitan dgn perjuangan. buat mereka yg menindas dan buat mereka yg ditindas. hati2 dengan perjuangan. jgn terpedaya hingga kasih sayang, masa depan, harta, daya kudrat dll habis hilang dek gila mentaati perjuangan yg tiada sebarang perjanjian dan kepercayaan secara penyerahan hati. akhirnya kita tewas dlm kemenangan. tetapi tersungkur di dalam keadaan menderita. mereka yg memperdaya bertambah senang. jgn bimbang tuntut jer di akhirat!!! mungkin sebuah lagu berkisar ttg kerakyatan… orang-orang palsu…

Bagai orang-orang palsu
Berada di bendang
Terik mentari tiada peduli
Membuat unggas keliru

Selamatlah hidup orang-orang benar
Benar yang berpura-pura
Adalah palsu yang hakiki

Bagai orang-orang hamba
Daif mencari kehidupan
Bagai hidup di zaman kasta
Memauti orang-orang benar
Hakikatnya mereka orang-orang palsu

Hai orang-orang palsu
Selamatkanlah dari musuhmu… sang anai-anai
Hentikan penyamaranmu… kamu adalah kayu
Kayu yang terpacak semata

Hai orang-orang palsu
Sesungguhnya kamu ada muka
Tapi tiada pancaindera
Tiada juga jiwa
Kerna kamu hanyalah ciptaan manusia
Manusia juga yang akan kembali
Jadi… dialah yang telah melakar halus

Hai orang-orang palsu
Tolonglah orang-orang hamba
Kerna mereka dirasuk kuasamu
Lunturkanlah nafsumu dengan akal terkedepan
Dengan bersama bersatu
Susah senang bersama
Mencipta kehidupan di sawah ini

Entahlah… kehidupan ini tiada bila bersatu hakiki
Beruntunglah orang-orang palsu sebenar
Tiada hutang dan tiada dihitung
Kerna kita bukanlah orang-orang palsu

Ciptakanlah kehidupan di sawah ini
Ciptakanlah kehidupan di sawah ini
Ciptakanlah kehidupan di sawah ini

khazanah puisi Ahmad Busyairi Ogos 2004

Just Redha…

October 25th, 2005 by busyairio

Just Redha! What ever happened. Just submit to Allah. U will peace in rahmah! Just Redha! What ever happened. Just submit to Allah. U will peace in rahmah! Allah Knows Better!!!