Pening & Demam

October 25th, 2005 by busyairio

dituliz pd pukul 9:27 pm, pagi malam isnin 24/10/2005…

ahad 23/10/2005

pada hari ahad. tak ada apa yg aku buat. dok rumah jer. tiket flight semalam aku bagi jer (diskaun) kat member yg nak balik kelantan. rezeki dia. rezeki aku kat sini. tak per lah. tak per lah. sbg hambaNya… redha dgn ketentuanz itu yg utama.

petang tu gi beli sotong dan ayam dgn adik kat pasar borong slayang utk masakan buka posa ari ini. ayah ader rumah balik dr cameron highland. malam pas trawikh tu gi uiam lagik. aku x leh dok sorang. maksudnya kat rumah walaupun ader org spt adik2 skolah rendah, mak dan ayah. tak der member yg nak ajak bbual. nak buang segalanya yg dok terperap dlm hati dan fikiran. walaupun mmg sebenarnya x leh. hahahaaa. sama la dgn kisah2 lalu. aku cuba la juga. biar la ia jadi kenangan yg usang.

sampai uiam aku terus gi ke mahallat (kolej) bilal yg dak lamo dok suruh aku buat website nyer design. member otak website so aku tolong ler. start pukul 11.40 pm hingga 3.15 am nyer lama aku design. ngantuk giler. member murah hati nak blanjer sahur. aisee terharu la plak. tq la atas kemurahan hati. aku kena balik la. sbb nak sahur kat rumah. nanti boroi plak perut kalo makan double.

dr uiam ke rumah kat tmn bidara, slayang. aku bawak slow giler. 25 minit nyer masa perjalanan. layan blues ceramah kat radio ikim.fm. kalau semalam speed 5 setengah minit jer sampai rumah. maklum la pukul 4.30 am mano ader org.

so malam dan pagi ni aku x tido. nak tido pun x leh. rasa ngantuk tp mata x leh pejam. aku mmg gilo skarang ni. paham2 la. hahahaha. sampai rumah pukul 4.45 am. sahur dgn belasah drum stick 2. mak tanya aper hal? aku jawab x der aper la. pas tu naik atas bilik, pasang pc yg dah bengong! pasang mp3 ngaji al-qur’an dan tido. tido dlm mendengar bacaan2 kalam2 suci. dpt pahala lebih sket dlm bulan poser. drp pasang lagu2 nasyid yg kebanyakan skarang ni mcm ntah aper2. feel lagi lagu rock kapak yg lama. chey… sajer bengang kat tahap mutu rakaman industri nasyid la ni. subuh japz…>>>

isnin 24/10/2005

>>> subuh japz, sambung bacer qur’an juzuk strusnya. aisyee. ooo mata ko nak tido eiks? ok la tido eikz! jam berkokok jam 8.25 am. mak ketuk pintu. bangun kerja!!! pening la. x leh gi kerja la badan. mmg x leh nak drive. so aku tido la. bangun kul 1.26 pm.

mandi, solatz, rasa kapla dan badan ok (alhamdulillah). so gi la kerja. baik nyer jem kat batu caves. rasa nak muntah (vomit) ader la. sbb still pening lg kan. control jer la. namun. wek! vomit dlm kreter. ops! maksudnya sbb jem so leh ler buka pintu kreta dan buat2 ludah kecil. nasib baik sket jer. kat batu caves terperangkap 35 minit lebih. mmg loya dibuatnya.

sampai kat opis kul 2.37 pm. truz sambung wat keje. wat keje pun pening2 biol la jugakz. ter”uwek” jugak sbb penig tgk monitor. aziz masaar dan dzul nalury ader borak2 sambil kerja. sampai la nak time balik keja pukul 6.00 lebih rasa ok (alhamdulillah) sket. yeah! dah ok betul2. syukurz. atas segala-galanyanya daripada nya. barang2 raya blom beli lagi wei!!! ntoh nak beli ker tak nak… suram smacam jer aku ni!… yg penting REDHA yg teratas…olaaaa salamz.

Minggu Ini

October 23rd, 2005 by busyairio

dituliz pd pukul 5:27 am, pagi ahad 23/10/2005… salamz wei warkah bisooo! ni ler my diari:

khamiz 20/10/2005

dah ok kot. sblm ni frust menonggeng tahap dewa! gi kerja pagi2. pasang radio era. dengar lagu raya. aisee! lagu raya yg jiwang lg sedey la plak. lagu yg aishah nyanyi tu. tak pasal2 berair mata, huhuhuhuhu. tutup radio sbb nak konsentrate driving.
>>> telepon dia - sama2 minta maaf…
so kena la bersosial dgn jumper member2 utk lupakan kepedihan. kwang kwang kwang…  may be it will take a few days, weeks, months… years… giler kalu bertahun melampau ler! tak patut, tak patut. yahoo… esok x kerja sbb nuzul qur’an.

jumaat 21/10/2005

bangun pagi gi opis tmpt kerja, amik slip gaji yg ttinggal smlm utk… ader la… pas amik slip gaji blah ler sbb mano keje ari ni. pas gi solat jumaat kat uiam dgn amar. pas tu gi tempat jual kereta nak beli kreta waja. rasanya x sempat dpt sblm rayer ni. ntah ler beli ker tak! pukul 4.30 ptg.

aku ACCIDENT dgn motor – alhamdulillah kecik jer. sama2 salah. tapi aku dah bagi signal. aku hanto pak cik yg jatuh motor utk gi klinik. kerna kasihan dan rasa tanggungjawabz aku bayo ler duit rawatan. huhuhuhuhu. tak per la sbb sama2 melayu. dah ler bulan pose. aku mmg dah berhati-hati di jln raya tp dah mmg nak kena jugak. just redha jer la. aku ni kena badi member2 baik yg frust in love kot. yg sorang baru break dgn waheeda wassini pun accident gak. apa la nasib kita orang semua? kebetulan shj.

bbuka pose d rumah jer. pas tu pd malam pas terawikh heh! gi UPM… member nak jumper. sajer-sajer bawak member jalan2 di alamanda di putrajaya. trima kasih pada kawan tu kerna teman jalan2 sbb sama2 ajak. balik uiam pukul satu pg plus utk tido ler!… bagun kol 4:45 am utk balik rumah for sahur…

sabtu 22/10/2005

bangun lepas sahur di rumah tadi pukul 2.30 pm (nak kena lempang!). petang sket lps asar gi beli susu dan ais creamz kat tesco di slayang mall. mak kirim beli utk 2 budak lelaki yg akan bersunat cuti skolah akhir tahun ini (adik aku ler) nak makan conflake konon. mak kirim beli tapi duit aku yg kluar, hahahahaha!. mmg la sbb nak jadi anak yg baikkan? buka pose di rumah.

pas tu gi uiam niat nak hanto member yg kena denggi kat spital/klinik ker. dia tak der plak. dok bilik member lain. tunggu nyer tunggu… dia lari kot! so gi la pusing2 di malam hari dgn member baik. mula2 gi pusing bukit antarabangsa, pas tu gi uiam matrik pj… pas tu gi shah alam. hujan teruk… so aku kena concentrete la di jln raya.

masa di shah alam member call nak jumper member dia. masa tu aku dah brenti dah kat restoran nak makan minum dgn member2 nasyidz di sec 13. masa tu aku dah bengang dah! dia mcm paksa aku. aku mengalah. so cari2 rumah member dia kat sec 18 tak jumper. padan muker hahahahah! sbb aku fade up. lg sbb hujan! gaduh-gaduh mulut 2 minit pastu sama2 tak cakap dari shah alam sampai ler ke uiam! senyap jer. blom kluar shah alam dia dah tido! hahahahaha! wei ni member lelaki ler! kawan yg antara paling baik. biasa ler we all slalu gaduh mulut. tp yg ni semcm sket. dah ler hujan lebat! dlm perjalanan balik tu. mmg kena lalu kat pusat bandaraya kl. member dah tido!

aku sesat beberapa kali dan tersilap masuk jalan2 yg ader PELACUR2 yg sebangsa dan seagama dgnku menunggu binatang sial yg bernama lelaki jalang (sedih)! ya allah aku kena pancaroba skali lagi. tak sangka sama skali termasuk jalan tu sbb mano aku tahu. wei! bangun ler! mamber sblh tu tido jugak. aku per lagi tutup tingkap kreter. tak sangka dua kreter waja di dpn aku yg warna putih dan depan lagi warna grey yg naiknya mat2 melayu. dok tegur PELACUR2 tu. jadi kreter aku mmg x leh nak jln sbb 2 kreter d dpn tu stop dok pilih yg mano satu berkenan (perasan aku mula2 marah sbb sama sebangsa dan seagama – pas tu baru dtg sedih, nafsu jauh sama sekali!).

ya allah darah aku berderau! pelacur tu dtg kat tepi kreta aku. wei! bangun ler! mamber tu tido jugak. dah ler bulan suci ramadhan ini. wanita sialan itu menyapa melambai dan aku lihat 2 kreter di depan dah start jalan bsama2 wanita2 sialan yg baru menaikinya. aku cepat2 tekan minyak dan jalan. alhamdulillah, sbb ader benteng (iman dan tawheed) yakni pintu krete yg membatasi utk wanita2 sialan itu mendampingi kami. syukur bebanyak. rasanya nak balik kelantan terus. sbb negeri aku mmg tiada benda2 sialan seteruk kl ini.

knapa aku diuji sebegini? mungkin ado hikmahnya. namun aku bsyukur sbb adanya gapz yakni kereta yg bertutup cermin. berat lagi la ujian menimpa dulu kot. masa tu dah terbayang dah kisah jelitawan zulaikha menggoda nabi yusuf as. nasib baik jalan tu pendek shj. so dpt speed sket.

pas tu entah ke mano aku jalan, sesat. member sebelah tido! dekat sejam gakz cari2 jalan keluar? sbb hejan lebat sign board x nampak langsung. aku tak tahu knapa mlm ni aku diuji sebegini. nasib baik ader member walupun dia tido. so aku stop jap tepi jalan. aku baca ayat kursi dll... ayat sribu dinar ker… dan selawat. aku pejam mata mohon ampun dan istighfar dr allah. aku hayati betul2 maksudnya ayat2 suci itu. yg aku ingat d masa terakhir aku baca sebaris ayat dlm surah an-nur ayat yg berbunyi “nuurun ‘alaa nuur” yg bermaksud “cahaya di atas cahaya”. alhamdulillah ada “cahaya” sebalik hujan yg lebat utk aku melalui jalan utk balik ke uia. mmg kl; mmg kena berpandukan papan tanda bg mereka yg tak familiar jln sepertinya aku ini.

syukurz, sampai gakz di uiam pukul 3.30 am. pintu masuk uiam ternganga panjang tapi pak guardz tido ternganga mulut – kat tepi pintu pagar. so jalan masuk ler tu. sampai bilik member. aku gi solat dan mengadu pd rabbi. ya allah hai pencipta cintaku. minggu ini banyak ujian yg engkau turunkan pd ku. aku pasrah dan bersyukur atas segala dugaan2 yg menimpa ku ini.

walau hatiku remuk dek cinta dan imanku tercabar dek sialan2 kota, aku tetap memegang kalimah sucimu! segala2nya aku kembalikan kehancuran cinta hatiku padamu moga engkau gantikannya dgn titis2 cinta yg teragung daripada dzatmu. apakah kesalahanku hingga hamba diuji sebegini? rabbii… ya dzal jala wal ikraam… jauhilah aku drp dugaan sebegini yakni jgn hantarkan aku di tempat2 sialan2 kota itu. namun ku tahu ianya tersembunyi seribu satu hikmah dr mu dan aku bersyukur kerna engkau tetap memelihara & menjaga hambamu (nangis ni) hingga kini (sblm ini juga engkau memelihara aku).

hidup di negeri orang hingga pelbagai dugaan menimpa. peliharakanlah iman ini. selamatkanlah semua… selawat & salam utk rasullullah… nabi muhammad al-amin, khatamul an-biya. ameen.

Temasya Kembara Perjuangan IV (Cinta Manusia)

October 18th, 2005 by busyairio

dua jalan yg terbentang indah
satunya terasa sempurna
tetapi aku sangat terleka
bagai kesabaran yg berputus asa

yang kedua beraneka rentak
menungguku bagai angan tak sudah
aku berlari sembunyi ke hujung ufuk
hatiku tak tahan

temasya kembara perjuangan
aku tersepit di antara keduanya
menguji iman dan amalan jiwa
tetapi aku tetap aku
inilah yang ditentukannya

temasya kembara perjuangan
tintanya air mata berdarah
ke mana berkelana aku kesepian
ke mana berkembara aku keseorangan

temasya kembara perjuangan
bersyukur sahaja melaluinya
mengapa begini dan tiada jawapannya
cahaya itu tetap aku tunggu

moga air mata suci ini
bisa menyirami jurang kepanasan
dengan doa dan usaha
cekal menghadapinya
walau pedih…

temasya kembara perjuangan
bebaskan aku dari belenggu
berikan aku cahaya hakiki

khazanah puisi baru Ahmad Busyairi
[11:23 am / 15 ramadhan 1425 / 19 oktober 2006]

Hari Ini Sebahagian Sejarah

October 17th, 2005 by busyairio

Hari ini ramadhan yg ke 14. semalam tido dan lepak kat uiam. Aderr assignmnet sket. Semua member demam ni aper hal ni? Sbb tu la aku gi jengok2 mereka. Hope sembuh la cepat2. 11.30 gi makan kat green wood. Makan makanan keemaran – supz ekor bersama dgn tarmimi & zul. Kebanyakan pas maghrib semua member tido ni. Dah ler siang tido. Mlm pun tido. Kalah batman & kelawar. Ekekek!

mak ayah serta adik lelaki 2 org tu gi pahang kat kuantan sbb amik barang2 adik pompuan yg tingkatan 4 yg dok mrsm bandar muazzam syah. Aisee… aku baru jer tahu masa sahur tadi. Nak gi jugak mano boleh. Ader class dan kerja. X per la. Aku bukan aper sbb best sgt naik kereta hillux toyota tu. Lg best drpd gen2 @ waja. Pas subuh mereka bertolak. Jd dok ler rumah sorang2 hari ini. Mesti kena pegi buka poser mano ni. Ingat nak gi masjid jer la sbb free. Hehehe. Leh pahala i’tikaf yg bergandakan?

Haiya. Aku x tahu knaper malangnya aku dpt sms pd pukul 8.30 drp kawan skolah lama yg benda yg x ader pasal2 dgn aku. Tp aku hanya mampu menasihati org yg fire seseorang kawan skolah lama yg lain tu utk berubah jer. Aku pun paham sbb aku telepon kawan skolah lama tu dan tanya why & why. Buat aper kecoh dlm friendster dll. Bukan dpt apo pun melainkan kerugian masa, tenaga. Alaaa… kpada kawan skolah lama tu (juga nasihat utk diri sendiri & kawan2 yg lain)… tabahkan hati… benda2 internet mcm ni tok sah dilayan sgt trutamanya friendster dan pelbagai forum tertentu yg lain2. aku pernah alaminya dlm forum nasyeed.com dulu. Mmg terasa jugak walaupun just forum hanya MAYA. Buat dono jer.

Pegi pajabat pos jap… hanto benda yg dijanjikan…. pc aku hard disk rosak teruk. Nasib baik file2 data semua dah buat backup. Biasalah dah lebih 4 tahun dah mmg nak redy jadi ler. so kena la bagi kat member yg mmg terrer giler dlm bhgian dalam pc hardware. Sbb aku mmg percaya kat dia. Namanya Muhammad Haris.

Aisee. Masa aku tulis ni. Isteri dia telepon dia nak delever baby. Dia terus kabut. Ada lagi kelahiran insan yg pernah dikhabarkan kepada aku minggu ini. Mcm mano ler kalo si suami dok jauh? Aku dpt rasakannya walaupun x alami… (aku bab nie mudah sgt terbayang dan amat sensitif) Alhamdulillah. Emm… mcm mano ler? aku hanya dpt bayangkan je la. Alaminya pun blom lagi.

Tapi rasa di dalam fantasi pun mmg meruntuhkan hati dan naluri kelelakian dan kewanitaan memberikan erti kesatuan kedua-dua naluri yg berlawanan menjadi utuh terpatri. Lahirnya cahaya hati (baby) atas nama cinta membawa makna besar dlm hidup… kepada yg pernah dan belum alaminya… SLAMAT BERJAYA semua! Kerja sambung balik… kena siap design yg satu ni… salamz!

Dirancang Tak Menjadi

October 16th, 2005 by busyairio

sejak 2 menjak ni banyak ler aku nak menuliz. may be sbb free kot. atau… mula2 tahniah nak ucapkan kpd sorang member yg dah menjadi NEW UNTIE. Kalo kawan x sms saya x tahu. So saya appreciate sgt2 sbb bagitahu kakak sulungnya selamat melahirkan baby lelaki sulung pagi semalam, alhamdulillah. tumpang syukur dan gembira jer. olaaaa…

waktu lahir disambut azan. waktu mati dihantar solat. antara azan dan solat. alangkah singkatnya hidup ini. – ayat member lama.

hari sabtu, aku gi buka posa di istana budaya. jumpa member2 landscape architecture. orang jemput secara ramai2 okay la aku leh gi. mmg best sbb dah berbulan2 dah berpisah, masing2 mmbava haluan sndiri. tetiba berjumpa, banyok ler perkara2 yg diperbincangkan. mcm2 ler benda dicakapz. tapi satu jer x best sbb air cond x pasang kat restoran di istana budaya tu. 45 minit leh la tahan panas. aku pakai blezer kena buang ler. balik pukul 10.50 lebih sampai rumah 10 minit pas tu. mak ayah adik2 dah tido. solat terawikh sorang2 dan biasa ler. berdoa agar……………

hari ahad plak lagi suprise, aku pilih baju yg paling cun utk dipakai. aku sterika baik2 baju, seluar utk ke majlis bbuka posa dgn member2 skolah lama. jemputan yg personal pun x aku siapkan diri sespecial mcm ni! maklum la nak jumpa member2 skolah lama. seaval pukul 4.00 ptg aku dah kuar rumah utk pergi ke atm bank amik duit. sbb kawasan sana aku kureng familiar. so kena la ready aval2 kot2 terlajak jalan leh patah lagi sbb masa agak panjang. alhamdulillah jumper la. tmpt tu. uptown damansara. cun gak landscape di town nih! aisye… crdt abis. gi 7 eleven jap nak top up. mmg tertinggal phone kat dlm blezer dlm kreter.

masuk balik kreter, buka phone nak top up. ader sms… sms tu ttuliz - majlis bbuka poser dgn member skolah DIBATALKAN ataz sbb misunderstanding dan teknikal problemz oleh pihak yg menganjur??? aduh saleha (mawi)… sedihnyer. mmg bulan poser allah nak uji kot. frust giler sbb x dapat jumpo member2 lama. dah ler buat prepare siap2 tahap dewa. tak pe la. tak per la, tak per la jugakz, frust simpan la ke dalam bonet kreter sbb bulan posa ni. ekekeke!

so dari damansara aku patah balik ler ke selayang dan terus ke gombak. gi maner lagi kalo x uia. berhenti kat tangga besar uia call banyok member & tanya tmpt yg mana2 kosong kat majlis berbuka poser mereka kat hotel2 ker, dewan2 exklusif ker, etc lah! mmg bengang (dlm redho le beb) sbb nak jumpa member2 skolah lama x kesampaian dek cancel nya majlis member skolah lama tadi oleh yg anjur. alang2 pakai sut hitam putih… hati dan otak dah mmg dr pagi tadi dah set nak gi tempat yg power la jugak. tak jadi kat uptown damasara dgn member2 skolah lama pun x per la janji gi maner2 tmpt show kengkawan nasyid pun jadi ler… call semua, semua penuh la plak sbb biasa la sbb last minit mano ler dpt.

so aku gi la kat bilik member uia, lepas2 dan membebel secara berhikmah ler konon! heh! so aku x der choise terpaksa ler makan kat tempat luar yg biasa student uiam makan kat luar tu. ajak member 3 org penuh kreter. aku cabut baju sut aku, kasut cabut, stoking pakai – tp aku pakai selipar jer la! pakai baju dalam jer la. terus jd mcm biasa slalunya. jimat duit sket (tu hikmahnya yg allah tunjukkan) sbb makan di tempat para marhaen**. lg pun mmg aku taraf level aku mcm semua pown (tahu x per). pas makan balik solat uia.

gi giant after cari roti2 dan air 100 plus utk member sakit (smoga cpt sembuh la member sbb 43 HARI LG DIA NAK KAHWEEN!). isi minyak petronas yg 4 km dr uiam. dlm driving ke uiam tel sorang member… aku silap sbb aku pown letih dan panas suam2. dia pown sama. tapi ok la sbb boleh masing2 faham akan keadaan masing2. kalo ader tsinggung tu minta maaf skali lagi. sesama lah memaafi akan keadaan masing2. sama2 blajar akan diri masing2. kawan jer la.

pas tu member baik skolah lama (namanya ramadhan – mcm bulan ini ler) yg dok study lg uia call utk gi kuar lagi (cakap nak gi dgn aku jer) jap nak minum2 ler plak (alamatnya balik tgh malam la lagi mlm nie). hayya kena kuar masuk uiam lagi. arghhhh! wei. bakpo mung ajok member2 mung? so x leh ler aku criter apa yg aku hadapi la ni sbb member dia aku x biasa. so aku buat muker 70 sen jer la.

tak per… sepanjang hari ini semua yg dirancang x menjadi. itulah kenyataan di dalam temasya kembara perjalanan hari ini. bila balik rumah pukul 12.26 mlm. solat2 apa yg patut di bulan ramadhan nih. berdoa penuh ikhlaz agar dimakbulkan segala doaku ke hadrat ilahi. bukak pc yg mcm nak kena upgrade dan format, dan tulis ni ler! Esok copy dlm blog. siap tuliz aku pas ni aku tido ler. dan lena aku ini agar hendaknya di dalam syukur dan redha di atas apa yg berlaku. aku lapangkan hati… tenangkan jiva. bersyukur apa yg terjadi. moga ia menjadi sebahagian drpd benteng bekalan ketahanan mental dan pengajaran utk hari esok. tak der hal nyer… salamz!

** marhaen = rakyat bertaraf kebiasaan

Cinta Itu Perihal Hati

October 15th, 2005 by busyairio

salamz… olaaaaaaaa… buat dua mata yang membaca tulisan ini. terima kasih. hari ini aku bersiar dan berniat ingin membeli barangan sempena perayaan nanti di perkarangan masjid india.

tanpa di sangka aku berjumpa dengan seorang kawan lama yg pernah membantu aku di dalam mencapai kejayaan di dalam spm dulu. dia diiringi oleh dua kawannya. ok la tu, lama x jumpa dengan dia. aku doakan smoga berjaya dunia akhirat. aku x leh fokus apa yg nak beli hari ini.

so aku rasa nak balik. sbelum balik aku rasa nak pegi solat zuhur kat masjid jalan duta yg ader air cond tu. aku suka solat situ sbb tenang. leh sujud dan berdoa apa yg patut. doaku hanya allah yang tahu.

korang tahu tak smasa aku taip blog ini aku tekap telinga aku dgn headphone studio muzik utk dengar hanya beberapa lagu yang ader kaitan sikit jer dgn aku pada masa ini…

dari kekasih kpd kekasih – versi hattan
meniti titian usang – search
bagaikan sakti – m.nasir & ct nurhaliza
satu misteri – brothers reunited ft waheeda
dari kekasih kpd kekasih – versi m.nasir
aku tanpa cintamu – mirwana ft jay jay
cinta pertama – far east

hari ini aku pun ader 3 jemputan buka poser. tak tahu nak pergi mano satu. aku rasa aku nak pegi ke jemputan bersama dgn batch landscape architecture aku ler. lama x jumpa dia orang.

kawan (baik yg pernah kenal aku atau yg belum) yg membaca ini. aku sebenarnya terharu kerana banyak hati yang ingin bersama berkongsi. barangkali ini jugalah taqdir allah pada aku dan semua yg terlibat ~ yang mempunyai seribu satu hikmah terselindung tersembunyi di sebaliknya. barangkali doa-doa aku yg lepas diperkenankan allah dalam pada masa-masa ini. doaku dahulu dan kini hanya sekadar dikurniakan “teman sejati” yg dpt menerima cinta masing2.

mungkin allah memberi ujian pada aku untuk memilih siapa yg “sepatutnya” atau tidak yg semua mereka itu. sesungguhnya aku teramat menghargai sebenarnya permintaan-permintaan mereka kalian. hingga aku tidak tahu nak buat apa-apa. namun hati saya cuma ada satu. aku tidak dapat menyerahkan cinta di hati aku ini kepada sesiapa lagi kecuali pada dia yakni allah yang satu. aku pernah “pedih terluka” kerna cinta. namun aku tidak bisa mengatakan “ok” dan “no” pada kalian walaupun aku mmg melakukan solat istikharah utk ini.

aku mmg tidak mendapat sebarang alamat. hati aku tetap utk yg satu ykni allah buat masa ini dan harapnya selamanya. maafkan aku semua kawan. aku bukannya seperti yang kalian sangkakan. aku hanya manusia biasa. ketahuilah cinta itu adalah perihal hati dan perasaan. bukan mainan dan paksaan. biarlah ia datang bagaikan sakti ~ bagai menyaksikan mekar kembang mewangi.

dan mengapa ia dikurniakan daripada tuhan kepada manusia. itulah karma yg ditentukannya utk kita merasai nikmat gembira, sengsara, suka, duka, rindu, sendu, berkenan, perasan, tawa, kecewa, menyintai & dicintai, atau dicintai & tidak menyintai, atau menyintai & “layang-layang terputus tali” etc… manusia istimewa drp segenap makhluq-makhluq yg lain sbb manusia ada perasaan CINTA.

Ramadhan - Perlukah Aku Khabarkan?

October 3rd, 2005 by busyairio

aku menuliz tika detik-detik Dhuha menjelang Ramadhan…

Tetiba rasa nak menulis sbb didorong sesuatu. Kelmarin, aku balik kerja ikut jalan kampung barangkali sebab jalan utama di Batu Caves menuju Selayang agak sesak akibat kerja-kerja pembaikpulihan jalan raya… Punyalah pening dan berliku-liku tetapi aku tetap steady jer drive akhirnya sampai ke rumah lebih awal drpd melalui jalan utama. Slalu bawak kereta sorang2. Boring dan mengelamun jugak dibuatnyer.

heh! Sampai rumah, mak & ayah aku tak der. Gi mano? Adik bongsu cakap gi pasar borong ler! Beli lauk-pauk. Sebelum tu tengok peti surat kat halaman rumah… Hayya! blom sampai lagi. Tanya mak aku yang baru pulih drp demam ado surat utk aku ado tak. Dia cakap ader la yakni bil tepon, bil internet ado la. Yang lelain tak der? Tak der? Tak per la… Mandi sblm mahgrib. Solat Maghrib. Turun bawah tengok berita japz! Pas tu naik bilik smaye Isyak.

Bukak pc. Manage file dlm window explore, dengar lagu2 ramadhan… dengar demo lagu2 suara sendiri… hemehz pitching x betul sbb maleh ler nak buat betul2. namo lg demo! nnt buat yg betul say sorry to x betul! hehehe… pas tu tengok gambo2 cun dlm fotopages terutamanya gambo2 yg ader majlis wedding sesaper lah yang menarik. Wah bestnyer gambo2 mereka. Banyak ler aku jenguk explore tp aku tak amik masa yg lamer.

Rasa nak relaks, aku rebahkan badan ke katil. Baca-baca apo yg patut… Erk! Perlukan aku khabarkan? Perlu kot tp tak semua lah!… Sebenarnya aku amat rindukan akan hadirnya bulan penuh keberkatan - Ramadhan esok hari nanti. Hints ke arah naiknya bulu roma slalu terseru bila sampainya bulan ramadhan. Rindu teramat sangat. Aku harap sangat dpt berjumpa dengan Malam penuh Keberkatan - Lailatul Qadar. Biarlah aku berdoa ke hadrat Allah semoga erk… aper2 lah… yg penting aku tabah menempuhi hidup dan dipandu dengan jalan yg benar sbb barangkai mungkin aku duhulu pernah terleka

Ya Allah
Moga titis-titis rinduku pada Ramadhan-Mu
Dapat Engkau kurnia tintakan ke dalam hatiku
Ketetapan iman dan keilmuan yang benar
Menuju cahaya keredhaan-Mu

Ya Allah… hai Pencipta Cintaku
Engkau kurniakan di saat usiaku dewasa ini
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan ini   

Sesungguhnya aku amat besyukur
Di atas segala mehnah & kurniaan dari-Mu

Tinta-tinta warkah bisu ini
Ku sandarkan pada qada’ dan qadar-Mu

Rabbi…
Aku serahkan segalanya atas ketentuan-Mu. Ameen.
Sahabat… Peace!!!

pas tu aku terus tido tak tahu biler masanya sebaik aku lenakan mata aku. rasanya pukul 9.15 mlm (tambah tolak). bagun kol 5.34 pagi… wei! panjang la beb! solli nak kerja la… TQ! Tika detik-detik Dhuha menjelang Ramadhan…

Knaper & Mengapa Tjadi Mcm Ni!?

September 28th, 2005 by busyairio

knaper dan mengapa tjadi mcm ni!? be cool man!!! be cool! kalo x sia-sia apa yg engkau lalui di dalam kembara temasya perjuangan!… kita ada impian, lalu kita derdoa dan berusaha… kita berdoa untuk sesuatu agar yg lain… tetapi sesuatu yg lain yg satu lagi hadir… barangkali jangkaan kita di masa hadapan tidak mengena… atau bukan datangnya di masa kini… itulah percaturan taqdir namanya… aku buntu lagi serta bengong aku dibuatnya… buntu2 gaksyg penting REDHA yg teratas

Puisi Suria Mentari

September 12th, 2005 by busyairio

malam pun berlalu nun di ufuk timur
sinaran fajar kembali bercahaya
gemilang alam memukau lembah tursina
langit membiru kuasa yang esa

malam pun berlalu nun di ufuk timur
seorang hamba tafakurkan kegungan tuhan
berderai air mata melihat keajaiban
oh indahnya mentari di ufuk timur

titisan embunan pagi biasan sinar sang suria
kicauan unggas bebas berterbangan
kuntum bebunga mewangi tasik harmoni
kabus berlalu terpancarlah mentari

oh sang suria… sujudlah pada tuhan
oh mentari… sinarilah alam maya
oh sang suria… kau ciptaan yang betuah
oh mentari… masamu semakin tiba

senja pun telah tiba nun di ufuk barat
sinar megawati menyilau bak keemasan
ditelan samudera permata yang terbias
entahkan esok kau kan muncul di ufuk barat

oh mentariku…

oh sang suria… sujudlah pada tuhan
oh mentari… sinarilah alam maya
oh sang suria… kau ciptaan yang betuah
oh mentari… masamu semakin tiba

khazanah puisi Ahmad Busyairi Julai 1999

Design Album Dehearty - Insan Istimewa Dah Siapz

July 22nd, 2005 by busyairio

syukur… design album dehearty - insan istimewa dah siapz…

memula asal azrul dehearty (kawan baik sejakz matrix uiam) jumpa berselisih kereta kat depan parking mahallah (asrama/kolej) ali, uiam, gombak… pas tu dia nak bawak aku ker nar records utk bincang pasal album terbaru diorang… so aku sahut cabaran utk membantu sapa2 yg terlibat utk buat yg tbaik…

so aku mengambil masa kira2 seminggu jer utk buat album ini kerana pihak nar records dan a&r en musa (exists) nak segera… so segera!… segera pun segeralah… tapi kena buat ikhlas dan bsungguh2 agar jiwa aku pun puas hati… org lain harap2z mcm tu jugak lah yer… yg paling boringnyer bila buat design tu tak dpt dengan mp3/wma music file sbb file2 graphix semuanya besar2…

aku menghadapi masalah dlm buat album nih… alaaaa semua ado masalah kan? sbg professional… aku buat derk jer… tapi seelok2nya seperti yg dirancang dan mengikut cadangan visual dr aku…

gini… member2 dehearty susah nak jumpa pd siang utk amik gambo cover album… kalo ikut aku aku mmg nak buat siang sbb cahaya cukupz… dah ler pihak nar records cakap kena buat segera… so diorang tak der masa… terpaksa jugaklah buatz malam sebanyak 2 sessi kat mu fakulti/kulliyyah d uiam, gombak…

aisye… knapo ler diorang tak ready dgn perfect… ehehehehehe tak ler… may be sbb diorang masih baru belajar kot tak jadi ler… sebenarnya kalao tak iron baju dan seluar, jadi masalah dlm album… masalah bukannya aper jadi lamabat nak edit… tengok mcm fareast album… perfect… tak payah ubah & edit muka atau baju… masalah satu lg… pakai baju warna laian plak… member lain elok2 pakai baju putih… yg sorang pakai baju warna biru langit plak… tak jadi haru… tu yg lamabat design… kena betulkan yg remeh… kalo tak betulkan rasa tak puas hati dlm diri dan boleh kalo nak cepat… design hancur lah…

pas tu rambut tak gunting atau rambut menggebang… kopiah tak basuh… jadi mcm lekat peluh kat kopiah… mungkin karma menetapzkan agar aku menggunakan applikasi graphix computer yg aku ado… kadang2 jadi bahan kelakarz plakz… tak per… bayarang utk itu aku akan amik berpatutan dr org lain yg design album… tp kalo ikut lunas2 professional kena sembur gakz kalo feil mcm nie…

posing diorang ni pon problemz… hanya warie  jer ok…  very perfectz… so itulah tugas ku kena buat mereka jadi terbnaik dlm applikasi graphix…tak gunalah kalau buat buruk kan? tp kalo diorang nak mmburukkan nak buat mcm maner… aku kena betulkan semua tu… aisee…

so… harap2 agar mereka lebih bersedia… jgn amik hati dgn tulisan ni kerna niat aku elok & baik… siap2 kena buat album akan dtg… silap org haru dibuatnya… kalo org nak duit jer… dia tak cakap apo2… amik gambo… buat graphix dan siap dihanto… tak ubah apo2… inikan pula sesama kawan… rela membuatkan kawan menjadi visual yg terbaik sekadar mampu mengikut tema, masa dan segala kelengakapan…

so… pastinya ia kenangan yg murni dan segar di ingatan… sebelum adanya dehearty dan inteam… aku sudah mengenali azrul dan hisyam… dah alhamdulillah aku jug dpt kenal lagi insan2 spr warie, zul, bro musa exists, dan staff nar records… tq to semua…

aku personally mmg teramat sangat kurang berpuas hati dengan design album dehearty… dan anayway tq atas segala idea, dan cadangan semua… smoga hasilku adalah yg terbaik mengikut apa yg ada dan termampu… dah org nak buat mcm tu… ikut jer lah! nampak sgt nasyid nak diframekan dan disempitkan…
sokonglah industri muzik malaysia… dptkan yg ori… nak tengok layout album diorang… go to my

http://busyairio.fotopages.com